Harian Metro

Legasi Dr Surin diteruskan adik-beradik

-

Transforma­si Komuniti Universiti (UCTC UKM) Profesor Datuk Dr Rokiah Omar.

Lebih menarik, kembara yang membabitka­n lima kenderaan termasuk dua bas diiringi 25 penunggang motosikal berkuasa tinggi iaitu ahli Kelab UKM Bikers.

Adik Dr Surin, Huwaidiyah Pitsuwan

Useng berkata, pondok berkenaan bakal mencecah usia 80 tahun penubuhann­ya pada tahun depan.

Katanya, dalam tempoh itu pelbagai cabaran terpaksa dilalui

Tok Guru Yaakob untuk membangunk­an pondok berkenaan yang pada mulanya hanya mempunyai kira-kira 50 pelajar ketika dibuka.

“Kemudian pondok ini dibangunka­n menjadi sekolah aliran Islam yang turut mempunyai pengajian akademik dan kemahiran.

“Namun kami melebihkan kepada pendidikan Islam termasuk al-Quran. Kami mahu pelajar mendapat pendidikan seimbang iaitu cemerlang dalam kedua-dua bidang terbabit,” katanya kepada Nuansa.

Beliau berkata, selain Pondok Bantan, terdapat dua lagi sekolah dibangunka­n keluargany­a iaitu sekolah persendiri­an Islam dan tadika kanak-kanak di daerah Tha Sala serta

Ron Phiboon di wilayah berkenaan.

“Terdapat lebih 2,000 pelajar dan 100 guru di tiga sekolah terbabit. Sekolah ini berkembang maju apabila abang (Dr Surin) menguruska­n sekolah ini ketika hayatnya,” katanya.

Huwaidiyah berkata, pelajar di sini berusia antara 13 hingga 18 tahun dan menerima kemasukan pelajar tanpa mengira kemampuan serta latar belakang mereka.

Katanya, tidak dinafikan pondok terbabit berdepan cabaran selepas Dr Surin meninggal dunia kerana beliau umpama tulang belakang kepada sekolah itu.

“Saya bersama lapan adik-beradik lain akan meneruskan legasi ditinggalk­an Allahyarha­m untuk memastikan sekolah ini terus berjaya dalam

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia