Harian Metro

Tangkap ular sawa lebih mencabar

-

Jurulatih Akademi Bomba Wilayah Timur, Pegawai Bomba Safiq Mohamad berkata, menangkap ular sawa sebenarnya lebih sukar dan mencabar berbanding tedung selar dan tedung senduk. Ini kerana ular sawa berupaya membelit dengan kuat untuk melemahkan mangsa.

Katanya, melalui kursus ini beliau bersama seorang lagi jurulatih, Pegawai Bomba Noramey Abdul Halim mengajar anggota bomba berkenaan teknik menangkap ular yang betul walaupun semua peserta mempunyai pengalaman ketika menjalanka­n operasi setiap hari.

“Bagi menangkap ular sawa, anggota bomba memerlukan sekurangku­rangnya tiga atau empat orang bagi mengelakka­n ia membelit disebabkan saiznya yang berat dan besar.

“Kesilapan teknik dan cara menangkap reptilia itu boleh menyebabka­n anggota dipatuk dan berkemungk­inan besar mengancam nyawa.

Bisa ular tedung selar umpamanya cepat meresap ke dalam darah.

“Melalui kursus ini mereka diberi penerangan berkenaan pengenalan spesies ular sama ada berbisa atau tidak, kesan patukan, teknik menangkap dan latihan keyakinan supaya mereka bersedia serta sentiasa peka ketika menjalanka­n tugas menangkap reptilia itu,” katanya.

Safiq berkata, sepanjang kursus itu peserta juga turut melakukan simulasi menangkap ular yang dibahagika­n kepada beberapa pasukan yang diadakan ketika sesi siang dan malam.

Selain itu, peserta juga turut diberi tunjuk ajar berkenaan rawatan awal ketika dipatuk, sifat, habitat ular dan teori Akta 716 Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).

Peserta kursus, Salim Abdul Razak, 48, dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar berkata, kursus itu sangat menarik untuk anggota bomba kerana sedikit sebanyak menambah pengetahua­n mereka.

Katanya, sebelum ini dia menjalanka­n operasi menangkap ular bersama rakan sepasukan malah rasa takut itu masih ada kerana berhadapan dengan ular berbisa.

“Saya bermula dengan kosong hingga boleh cium mulut ular tedung selar kerana sebelum ini banyak dibantu rakan sepasukan. Namun kali ini, peserta kursus perlu menjalani latihan setiap seorang bagi mengendali­kan ular.

“Rasa tercabar terutama ketika latihan keyakinan berdepan dengan ular kerana kami perlu berdiam diri ketika ular tedung selar menjalar ke seluruh bahagian badan.

“Jurulatih juga memberi arahan supaya kami tidak tersilap langkah kerana ular tedung selar biasanya akan mematuk sekiranya berasa terancam dan bisanya menyerap mengikut perjalanan darah,” katanya.

Peserta lain, Muhammad Naif Ammar Ismail, 23, dari BBP Persiaran Putra, Langkawi berkata, walaupun baru bertugas tiga tahun sebagai anggota bomba namun menangkap ular kecil sudah biasa dilakukan.

Katanya, apabila diberi tugasan menangkap ular lebih besar dan berbisa, dia lebih bersemanga­t malah akan cuba memberi tunjuk ajar kepada rakan lain di balai nanti. -Zuliaty Zulkiffli

 ??  ?? SAFIQ (kanan) memantau peserta kursus mengendali dan menangkap ular sawa.
SAFIQ (kanan) memantau peserta kursus mengendali dan menangkap ular sawa.
 ??  ?? ANGGOTA
bomba menangkap ular
tedung senduk yang dilepaskan dalam bilik
air pada Kursus Asas Pengendali­an
Menangkap Haiwan Berbisa.
ANGGOTA bomba menangkap ular tedung senduk yang dilepaskan dalam bilik air pada Kursus Asas Pengendali­an Menangkap Haiwan Berbisa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia