Harian Metro

Warnakan rambut tanpa abai kesihatann­ya

-

Gaya warna rambut kini semakin bervariasi dan cepat berganti. Selepas rona coklat kemerahan menjadi pilihan untuk musim panas, kini warna kelabu kembali mencipta populariti. Meskipun rambut ala beruban ini dianggap tabu kerana dikaitkan dengan peningkata­n usia, anak muda misalnya berani memilih rona sebegini disebabkan pengaruh fesyen luar negara.

Menurut penata gaya rambut dan juga pemilik Chez Hair Studio Halimi Hamdan, terdapat banyak faktor mempengaru­hi cita rasa seseorang dalam mewarnakan rambutnya. Antaranya kerjaya, usia dan penggayaan.

Kebiasaann­ya anak muda yang terbabit dalam kerjaya glamor tidak kisah mewarna rambut dengan rona terang disebabkan ia adalah stail dan mempengaru­hi pembabitan mereka untuk lebih dikenali.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia