Harian Metro

Butik bergerak lebih eksklusif

-

Bertujuan mendekatka­n lagi jenama kepada pengguna serta memberikan maklumat terkini mengenai produk, butik bergerak SK-II pertama dilancarka­n di Lembah

Klang dengan kunjungan lapan lokasi utama sehingga penghujung April ini.

Rekaan dalaman yang unik serta menarik, berkonsepk­an moden memberikan pengalaman menceriaka­n terutama kepada wanita yang ingin mendapat khidmat nasihat secara lebih eksklusif.

Menariknya butik bergerak ini menggabung­kan layanan istimewa bersama panduan penjagaan kulit daripada perunding kecantikan terlatih. Memasuki ruang dalaman terdapat tempat duduk selesa berlatar belakangka­n rona merah.

Pelanggan akan menikmati analisis kulit ‘magic ring’ secara percuma bagi membantu mereka mengetahui usia kulit dan rejim terbaik bagi mendapatka­n kulit cerah dan sempurna.

Pelanggan bukan sahaja berpeluang mendapatka­n pemeriksaa­n kulit, tetapi turut disajikan pilihan menu pencuci mulut, minuman koktel yang pastinya memberikan pengalaman mengujakan.

Bagi wanita yang ingin merasai keseronoka­n mengunjung­i butik bergerak SK-II akan berada di pusat beli-belah Starling Petaling Jaya pada 19 Mac sehingga 1 April ini, APW Bangsar 6 hingga 8 April dan 9 hingga 12 April di Menara LGB Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

 ??  ?? ANALISA kulit Magic Ring disediakan
kepada pengunjung.
ANALISA kulit Magic Ring disediakan kepada pengunjung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia