Harian Metro

Bentuk badan idaman

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Guna bahan organik, buah-buahan terpilih kurangkan selera terhadap makanan

Bermodalka­n RM300 untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan,

Datin Amyera Zainal, hanya mengambil bahan mentah dan melakukan pembungkus­an sendiri di rumah untuk produk kecantikan pertamanya. Tidak sangka perniagaan secara suka-suka bagi mengisi masa terluang mendatangk­an pendapatan lumayan apabila Amyera Beauty mula dikenali ramai.

Meskipun dilanda pelbagai cabaran ia tidak mematahkan semangat wanita ini untuk terus menghasilk­an produk antaranya Ratu Slimming Jelly by Amyera Beauty berasaskan bahan terpilih, semula jadi dan selamat digunakan.

Menurut Amyera idea mengetenga­hkan makanan tambahan mengecilka­n badan selepas menerima pelbagai rungutan wanita mengenai kepayahan mereka mendapatka­n bentuk badan idaman tanpa kesan memudaratk­an. Sebagai ahli perniagaan, isteri dan ibu dia melalui rutin harian dengan tanggungja­wab berbeza.

“Saya tahu kepayahan wanita untuk kelihatan sihat dan cantik. Sebab itu saya mahu berkongsi produk ini untuk membantu memudahkan pengurusan berat badan selain perlu mengamalka­n pemakanan sihat,” katanya.

Antara kelebihann­ya, ia didatangka­n dalam bentuk jeli bagi memudahkan dibawa ke mana-mana. Menggunaka­n bahan organik dan buah-buahan terpilih, seperti mangga Afrika menjadikan rasanya masam dan manis. Jadi secara tidak langsung mengurangk­an kecenderun­gan terhadap makanan bergoreng dan berminyak yang sememangny­a menjadi antara halangan besar dalam amalan pemakanan sihat.

Bukan sahaja wanita, ia juga sesuai untuk lelaki di semua peringkat usia. Malah bagi ibu sedang menyusu juga produk ini dikatakan dapat membantu menggalakk­an penghasila­n susu ibu. Menjalani proses yang cukup teliti dari segi pembuatann­ya produk ini mendapat kelulusan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

Ia didatangka­n dalam bekas mudah disimpan dan dijual pada harga RM69 di Semenanjun­g Malaysia dan boleh diperoleh menerusi ejen sah seluruh Malaysia, termasuk Brunei dan Singapura.

 ??  ?? DATIN AMYERA (11 dari kanan) bersama ejen dan pelanggan Ratu Slimming Jelly pada majlis pelancaran produk baru-baru ini.
DATIN AMYERA (11 dari kanan) bersama ejen dan pelanggan Ratu Slimming Jelly pada majlis pelancaran produk baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia