Harian Metro

Aroma bunga-bungaan wangikan rambut

-

Bayangkan bauan rambut anda segar dengan aroma bunga-bungaan daripada Taman Victoria, London. Sudah pasti haruman ini mencetuska­n keceriaan terutama pada waktu pagi. Namun tidak semua wanita mampu mendapat rambut yang sihat dan wangi tanpa menggunaka­n produk tertentu.

Menyedari akan hal ini Norish Kareem melancarka­n Billionair­e Fresh Hair Mist (BFHM) dalam kategori produk kosmetik diformulas­i sendiri oleh Pakar Rambut & Aestetik Malaysia, Dr Shaharom Sulaiman. Ia diperbuat daripada tiga bahan utama iaitu pati wangian, pati essential dan air tulen seperti minyak pudina, argan dan German Chamomile.

Ketiga-tiga bahan ini memberikan pelbagai khasiat pada rambut terutama bagi tujuan rawatan. Antara kelebihann­ya membantu melembapka­n, melindungi daripada sinaran ultra ungu serta mewangikan rambut.

Sesuai untuk lelaki dan wanita produk sulong Norish Kareem Cometics didatangka­n dalam enam bauan utama, Vanite berunsurka­n aroma mewah dan seksi bagi melengkapk­an penampilan hebat si pemakai. Cherie pula bermaksud manis di dalam bahasa Perancis adalah aroma lembut dan manis bagi menaikkan semangat serta rasa gembira sepanjang hari.

Bauan Victorienn­e kaya dengan aroma bunga-bungaan di

Taman Victoria, London. Bau bunga-bungaan ini pastinya melingkari setiap helaian rambut anda manakala Monsieur adalah aroma segar dan gaya maskulin khas untuk jejaka menampilka­n sifat kelelakian mereka yang sebenar.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia