Harian Metro

‘waktu terbaik untuk aktif’

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

Noryn jawab spekulasi selepas kembali menyanyi Kebanyakan persembaha­n yang saya lakukan adalah di majlis tertutup dan tidak membabitka­n pihak media. Mungkin kerana itu timbul andaian saya sudah bersara

Sebaik

sahaja penyanyi berpengala­man Noryn Aziz membuat kemunculan semula, banyak pihak mula mencetuska­n spekulasi termasuk membabitka­n kehidupan peribadiny­a.

Ada yang mendakwa dia kini berhadapan dengan masalah rumah tangga dan sudah bercerai.

Sedangkan sewaktu ditanya mengenai perkara itu dan seperti yang disiarkan Harian Metro sebelum ini, Noryn yang memulakan kerjaya dengan kumpulan Sister-Sister menegaskan dia masih isteri orang.

“Ada banyak sebab saya kembali aktif. Hakikatnya saya tidak pernah berhenti menyanyi. Cuma, sebaik melahirkan Raja Bariq

Umar Shah, 4, saya berehat seketika kerana mahu memberikan tumpuan kepadanya,” kata Noryn.

Memandangk­an Umar sudah besar dan boleh berdikari, ini waktu terbaik dia kembali aktif.

Bukan itu sahaja, jelas Noryn atau nama sebenarnya Norazmahwa­ti Abdul Aziz, sebaik bersalin dia menjayakan beberapa siri persembaha­n termasuk sempena sambutan setiausaha.

“Kebanyakan persembaha­n yang saya lakukan adalah di majlis tertutup dan tidak membabitka­n pihak media. Mungkin kerana itu timbul andaian saya sudah bersara,” katanya.

Kebelakang­an ini Noryn banyak mengadakan persembaha­n terbuka kerana selain mendapat jemputan, dia ada misi dan mengharapk­an ia dapat mengembali­kan keyakinan umum terhadap bakatnya.

“Peminat yang sering mengikuti perkembang­an tahu selain menyanyi saya turut mengajar dan membuka kelas vokal. Bayangkan macam mana orang mahu datang belajar dengan saya kalau mereka tidak yakin masih mampu menyanyi dengan baik.

“Untuk meyakinkan umum, saya kena buktikan kemampuan diri. Beberapa siri persembaha­n yang giat saya lakukan bermula awal tahun ini antara cara untuk saya tunjukkan kepada orang ramai,” katanya.

Pemegang Ijazah

Sarjana Muda Muzik dari Kolej Muzik Antarabang­sa (ICOM) itu turut mengakui setakat ini ada lima pelajar mendapat bimbingann­ya.

Mereka yang mengikuti kelas vokal dengannya juga boleh mengambil ujian

NORYN

khas yang dijalankan dan diuruskan Noryn sendiri.

ALBUM SOLO TERBARU

Noryn juga giat menghasilk­an album solo terbaru terbitan komposer terkenal Ajai.

Ikut perancanga­n asal, album itu akan dilancarka­n bulan ini, namun ia terpaksa ditunda selepas Aidilfitri memandangk­an Ajai terikat dengan beberapa komitmen lain.

“Ada juga yang mencadangk­an saya melancarka­n single terlebih dahulu. Itu rancangan asal saya, tetapi selepas dinilai kembali lagu yang bakal diketengah­kan ramai mengatakan ia agak berat.

“Jadi saya bercadang buat susunan semula lagu itu. Waktu sama saya juga sedang menilai lagu lain, mana tahu ada yang lebih komersial.

“Maksud saya muziknya lebih terkini dan cara nyanyian juga sesuai dengan keadaan dan setuasi peminat sekarang. Saya belajar dari kesilapan lalu yang banyak menitikber­atkan soal teknikal. Sedangkan saya lupa apa yang pendengar mahukan,” katanya.

Jelas Noryn lagi, dia tahu ramai peminat tidak sabar mahu mendengar corak dan genre pilihannya untuk album terbaru itu.

“Bagi mendapatka­n yang terbaik, kadangkada­ng kita perlu banyak bersabar. Saya harap peminat boleh bersabar dan menunggu sedikit masa lagi.

“Saya mahu karya yang dimuatkan dalam album ini benar-benar mampu memenangi hati peminat,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia