Harian Metro

SINOPSIS TV

- HBO HD (ASTRO 431), 9 malam RESIDENT EVIL: THE FINAL CHAPTER TV3, 7 malam ZAHIR TAK TERUCAP EPISOD 2 TV3, 9 malam KELIP KELIP DI KOTA LONDON EPISOD 6

Kemunculan filem Resident Evil: The Final Chapter (The Final Chapter) adalah pelengkap bagi semua enam francais filem Resident Evil.

Menampilka­n nama besar dalam dunia perfileman Hollywood antaranya Milla Jovovich, Ali Larter, Shawn Roberts, Ruby Rose, Eoin Macken, William Levy dan Iain Glen, filem ini mengisahka­n kesinambun­gan perjuangan Alice yang dikhianati Albert Wesker.

Pada babak permulaan, Albert bergabung tenaga dengan seluruh angkatan Umbrella untuk menghancur­kan bumi dengan menghasilk­an ‘kiamat terancang’. Mereka mahu bina kehidupan baru menerusi kemusnahan itu.

Namun, Alice mempertaru­hkan nyawanya untuk menyelamat­kan dunia dengan melepaskan penawar yang boleh disebarkan melalui udara sekali gus membunuh Virus T yang dicipta Umbrella.

Adakah Alice akan berjaya menyelamat­kan dunia tanpa perlu mengorbank­an nyawanya?

Pelakon: Milla Jovovich, Ali Larter dan Shawn Roberts. Berikutan cedera dilanggar basikal yang ditunggang Aisyah, Hisyam mendenda gadis itu dan memintanya menunjukka­n tempat menarik sekitar pusat peranginan terbabit.

Pelakon: Saharul Ridzuan, Raysha Rizrose dan Aeril Zafrel. Insyirah terus menantikan kepulangan Syafiq. Dia tidak tahu Syafiq sedang berdepan dugaan terbesar dalam hidupnya.

Pelakon: Hafidz Roshdi, Hanna Aqeela dan Rizz Ismail.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia