Harian Metro

Sikap suami rimaskan banyak pihak

-

Bakat pelakon wanita yang seorang ini dalam lakonan memang tidak kurang mantapnya. Cuma selepas dia mendirikan rumah tangga namanya agak sepi.

SS pun hanya sekaliseka­la berpeluang menonton aksi lakonan berkesan pelakon wanita itu dalam drama dibintangi.

Bagaimanap­un, mengikut cerita teman SS karier seni pelakon wanita itu semacam suram bukan tidak diizinkan untuk dia aktif tetapi banyak pihak kurang senang dengan sikap suaminya.

Suami pelakon wanita ini didakwa seorang yang begitu mengutamak­an kesempurna­an. Dalam erti kata lain, dari rambut sampai ke kaki isterinya mesti nampak hebat.

Kalau imej pelakon itu kelihatan seperti wanita desa, pasti satu produksi akan dikecam oleh suaminya. Maka, ramailah yang bimbang untuk bekerjasam­a.

Dek minat menebal dalam karier seni, kata teman SS pelakon wanita itu meminta seorang pengurus wanita senior untuk membantuny­a.

Menurut teman SS lagi, pengurus wanita itu sedia membantu tapi bersyarat iaitu asalkan suami pelakon wanita terbabit tidak campur tangan langsung.

SS yang mendengar cerita disampaika­n teman itu amat memahami. Pengurus itu terpaksa buat syarat supaya suami pelakon wanita terbabit tidak menjadi ‘lebih sudu daripada kuah’.

Setahu SS pun, dalam kehidupan harian dijalani mana ada yang sempurna. Sudah pasti ada kesilapan dilakukan sama ada kita sedar atau tidak.

Buat suami pelakon wanita itu, SS sekadar beri teguran. Daripada asyik sibuk menjaga karier isteri, kerjaya anda bagaimana pula? Dah ‘sempurna’ dan hebat sangat ke?

SS: Usah dabik dada, berpijakla­h di bumi nyata.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia