Harian Metro

Sentuhan seni batang aiskrim

- Nurul Fatihah Sulaini news@nstp.com.my

Sekali pandang, ia saling tak tumpah seperti rumah nelayan di pinggir pantai lengkap dengan peralatan memukat ikan serta susunan kotak kayu tempat menyimpan hasil tangkapan.

Namun ia sebenarnya hanyalah diorama mini atau seni kraf rumah mini nelayan yang dihasilkan menggunaka­n 100 batang aiskrim terpakai dan dibeli di kedai RM2.

Uniknya, rumah kecil itu turut dilengkapi suasana persekitar­an asal di kampung nelayan sekitar 1990-an seperti bilik mandi dan tandas di luar rumah.

Kreativiti dan kraf tangan berseni halus itu dihasilkan Mohd Ihsan Mohd Saidi, 32, yang juga kakitangan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Terengganu.

Katanya, idea menghasilk­an hasil seni itu timbul secara spontan kerana tuntutan tugas seharianny­a sering bergaul dengan masyarakat nelayan.

“Masa yang diambil untuk menghasilk­an rumah mini ini tidak lama iaitu kira-kira tiga hari saja sekiranya semua peralatan mencukupi.

“Selalunya saya memperuntu­kkan tiga jam setiap hari selepas Isyak untuk menumpukan sepenuhnya kepada hobi membuat rumah ini kerana siang hari terikat kepada komitmen kerja,” katanya yang ditemui di bandar Jertih.

Bapa kepada tiga anak itu berkata, sebelum membina model rumah berkenaan, dia merendam batang aiskrim di dalam air selama dua malam dengan dimasukkan warna mengikut kesesuaian untuk menampakka­n keadaan seperti sudah usang.

“Seperti rumah nelayan yang asal warna dinding selalunya lebih gelap dan nampak uzur, saya akan pilih warna seakan-akan sama bagi menampakka­n karya

 Penjawat LKIM hasil idea kreatif bina rumah mini

seni ini lebih hidup.

“Saya tidak terlalu serius kerana sibuk dengan tuntutan kerja. Saya sempat menghasilk­an 15 hasil seni termasuk suasana di bengkel kimpalan, suasana di tanah perkuburan, rumah tradisiona­l Melayu manakala masjid ilham daripada Masjid Kayu Seberang Jertih atau dikenali Masjid Ulul Albab serta beberapa koleksi lagi.

“Tetapi kebanyakan semua koleksi itu sudah dijual kepada peminat seni diorama dengan harga antara RM250 hingga RM280,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? MOHD Ihsan menunjukka­n koleksi Masjid Kayu Seberang Jertih diperbuat dari lidi dan rumah nelayan menggunaka­n kayu batang aiskrim.
MOHD Ihsan menunjukka­n koleksi Masjid Kayu Seberang Jertih diperbuat dari lidi dan rumah nelayan menggunaka­n kayu batang aiskrim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia