Harian Metro

Eksport getah ke China RM6.6b

-

Eksport getah Malaysia ke China mencatatka­n lonjakan pada kadar 80 peratus kepada RM6.6 bilion atau 875,000 tan pada tahun lalu.

Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Keong berkata, ia menyaksika­n pegangan peratusan eksport getah asli Malaysia ke China meningkat daripada 66 peratus kepada 73 peratus.

Beliau berkata, kejayaan promosi di beberapa pasaran strategik, termasuk Iran yang ketika ini menjadi destinasi eksport getah Malaysia ketiga terbesar bernilai RM250 juta pada 2017.

“Pasaran Jepun merekodkan kejayaan sama, justeru Malaysia yang menjadi pengeluar getah kelima terbesar di dunia selepas Indonesia, Thailand, Vietnam, India dan China, akan terus meningkatk­an kadar pasaran.

“Berdasarka­n perangkaan, keluasan tanaman getah negara ketika ini seluas satu juta hektar, iaitu 90 peratus daripada sasaran dengan jumlah eksport RM32 bilion,” katanya.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, beliau sedar mana-mana pihak akan terus mengitar semula isu berkenaan pada masa depan sekiranya tiada undang-undang khusus mengekang aktiviti itu.

“Jika tiada undang-undang khusus untuk mengekang penyebaran berita palsu, pihak tidak bertanggun­gjawab akan terus mengulangi isu berkenaan.

“Selepas ini, kalau masih ada pihak yang berbuat demikian, anda akan lihat dan tanggung akibatnya,” katanya pada sidang media selepas menyempurn­akan Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Sukan Komanwel Gold Coast 2018 di sini, semalam.

Beliau bukan mahu lari daripada sebarang kritikan, namun jika sesuatu perkara itu disebarkan secara tidak tepat dan benar, ia boleh dianggap berita palsu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia