Harian Metro

Harap rakyat kekal positif

-

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berharap rakyat negara ini bersikap positif sepanjang proses Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dijalankan.

Katanya, masyarakat di negara ini sudah matang menghadapi situasi menjelang pembubaran Parlimen, proses selepas Parlimen dibubarkan, selain penamaan calon dan berkempen.

Mohamad Fuzi berkata, Polis Diraja

Malaysia (PDRM) yakin harapan keamanan setiap rakyat negara ini terhadap setiap pelaksanaa­n tugas pihaknya bagi memastikan ketenteram­an awam terpelihar­a.

“Negara kita sudah menghadapi 13 proses PRU, saya rasa semua pihak sudah faham proses demokrasi di negara kita untuk tidak menimbulka­n huru-hara.

“Kami (PDRM) berharap undang-undang sentiasa dipatuhi untuk mengelak kejadian tak

diingini,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia