Harian Metro

Pindah hak milik banglo pada 2015

-

Lot tanah banglo milik ahli perniagaan Phang Li Koon beralamat di No 25 Jalan Pinhorn di sini, dipindah milik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada tahun 2015, Mahkamah Tinggi semalam diberitahu.

Penolong Pengarah Bahagian Pendaftara­n Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pulau Pinang Mohd Syukri Mohd Mokhtar, 33, berkata rujukan dibuat kepada nombor perserahan menunjukka­n pindahan milik itu disahkan berlaku pada jam 4.01 petang, 21 Oktober 2015.

Mohd Syukri yang membacakan pernyataan saksi, berkata lot tanah banglo itu dipindah milik kepada Guan Eng sebanyak 1/1 bahagian dan ia adalah jenis pegangan kekal yang berkeluasa­n 944 meter persegi.

Saksi ke-25 pendakwaan itu berkata, tanah berkenaan berstatus Gred Satu iaitu pemiliknya tidak perlu mengemukak­an permohonan untuk menukar syarat sekiranya ingin mengubah kegunaan tanah sama ada kepada tanah berstatus industri, pertanian atau pembanguna­n.

“Saya sahkan bahawa geran tanah serta Borang B1 (pelan tanah) adalah di dalam simpanan rekod Pejabat Tanah dan Galian dan saya sudah kemukakan kepada pihak Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Carian rasmi tanah menunjukka­n alamat lot tanah berkaitan di No 25 Jalan Pin Horn, Georgetown... Pemilikan tanah terkini atas nama Lim Guan Eng,” katanya,

Terdahulu Mohd Syukri berkata rujukan ke atas nombor perserahan menunjukka­n bahawa lot tanah banglo itu sebelum ini dipindah milik daripada Ming Holdings (M) Sdn Bhd kepada Li Koon pada 2 Disember 2008.

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang semalam diberitahu bahawa Citibank Berhad meluluskan pinjaman berjumlah RM2.1 juta kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng bagi pembelian rumah berharga RM2.8 juta pada 2015.

Perancang Kewangan Bertauliah di AIA Berhad, Lim Wern Shern, 37, berkata jumlah pinjaman itu 75 peratus daripada harga sebenar kediaman di No 25, Jalan Pinhorn itu dengan jangka masa pinjaman selama 15 tahun.

Beliau yang menjadi pengurus jualan di Citibank Berhad Pulau Pinang dari 2012 hingga November 2017 turut mengesahka­n perjanjian bagi Facility Agreement antara Guan Eng dan Citibank Berhad ditandatan­gani pada 24 Julai 2015 di pejabat Guan Eng di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), di sini.

“Saya sahkan tanda tangan di ruangan

adalah tanda tangan Guan Eng, manakala tandatanga­n di ruangan

adalah Phang Li Koon.

“Saya sendiri berjumpa dengan Li Koon untuk mendapatka­n pengesahan dan tanda tangan, ” katanya dalam pernyataan saksi yang dibacakan di hadapan Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Wern Shern yang juga saksi pendakwaan ke-12 berkata, permohonan pinjaman pada 2015 itu adalah yang kedua selepas proses jual beli pada permohonan pertama tidak diteruskan oleh pihak peguam iaitu Zaid Ibrahim & Co.

Katanya, pada 5 Jun 2016, isteri Guan Eng, Betty Chew Gek Cheng sekali lagi menghubung­inya untuk memulakan semula proses pinjaman bagi kediaman sama, dengan pihak Citibank.

“Pada 8 Jun 2016 saya pergi berjumpa Betty di pejabatnya di Menara Penang Garden dan memaklumka­n bahawa permohonan pinjaman bank yang disediakan sebelum ini sudah terbatal dan permohonan baru perlu disediakan semula.

“Saya membawa borang permohonan baru untuk diisi, dimana saya menemubual Betty dan mengisi semula borang permohonan pinjaman bank atas nama Guan Eng,” katanya.

 ??  ?? GUAN Eng tiba di Mahkamah Tinggi, semalam. Gambar bulat, Wern Shern.
GUAN Eng tiba di Mahkamah Tinggi, semalam. Gambar bulat, Wern Shern.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia