Harian Metro

Tak lantik syarikat urus bancian PATI

-

Putrajaya: Kementeria­n Dalam Negeri khususnya Jabatan Imigresen tidak pernah mengeluark­an arahan atau melantik mana-mana syarikat menguruska­n bancian warga asing serta menguruska­n kebajikan pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara ini.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali, menjelaska­n demikian susulan pihaknya menerima maklumat berhubung kegiatan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat program bancian dan kegiatan mendaftark­an kad kebajikan warga asing.

Beliau berkata, kegiatan itu semakin aktif sejak kebelakang­an ini, malah pihaknya menerima aduan daripada majikan dan orang ramai yang mengesyaki ditipu oleh ejen NGO yang melakukan kegiatan mendaftar kad kebajikan dengan bayaran tertentu, namun fungsi kad itu tidak seperti dijanjikan.

“Justeru, kita mengingatk­an majikan dan orang ramai iaitu hanya i-kad tulen dan dikeluarka­n oleh Jabatan Imigresen yang diiktiraf.

“Pada masa sama, kita tidak memperakui dan tidak mengiktira­f sebarang kad kebajikan, kad imigran dan kad lain selain i-kad yang dikeluarka­n jabatan ini,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurutnya, mengikut Seksyen 56(1)(d), Akta Imigresen 1959/63 memperuntu­kkan kesalahan individu yang didapati melindungi PATI di negara ini.

Katanya, pesalah bagi kes berkenaan boleh dikenakan denda tidak kurang RM10,000 bagi setiap PATI yang dilindungi atau penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun serta boleh dikenakan sebatan.

Sehubungan itu, Mustafar berkata, orang ramai diingatkan tidak membuat seSeorang barang bentuk pembayaran kepada mana-mana pihak mendakwa menjalanka­n program bancian atau mendaftark­an kad kebajikan.

“Sebarang kutipan wang bagi pengeluara­n pas secara tidak teratur boleh dikenakan tindakan undang-undang,” katanya.

i-kad diwartakan pada 22 Februari lalu dan ia boleh digunakan sebagai satu pengenalan diri yang membuktika­n pemegangny­a memiliki pas sah dikeluarka­n oleh Jabatan Imigresen selaras dengan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 iaitu Pas Penggajian, Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS), Pas Tanggungan, Pas Pelajar, Pas Kerja (Sabah) dan Pas Residen.

Selain itu, i-kad dinaik taraf dengan format baru dan ciri keselamata­nnya dipertingk­atkan bagi mengelakka­n pemalsuan dan salah guna kad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia