Risau periuk nasi terjejas
Pemandu beri pandangan berbeza sejurus pengambilalihan Uber Asia Tenggara oleh Grab diumumkan kelmarin
Pemandu perkhidmatan di Malaysia menzahirkan perasaan bercampur baur dengan pengambilalihan Uber oleh Grab di Asia Tenggara.
Segelintir pemandu bimbang pendapatan mereka berkurangan manakala sebahagian lagi gembira beralih ke Grab.
Grab, pengendali perkhidmatan Malaysia mengumumkan pengambilalihan operasi Uber di rantau ini, Isnin lalu.
Sebahagian proses berkenaan menyaksikan Uber akan memiliki 27.5 peratus pegangan dalam Grab manakala Ketua Pegawai Eksekutif Uber, Dara Khosrowshahi menyertai Grab.
Menurut Grab, pihaknya akan mengintegrasikan perkhidmatan dan perniagaan penghantaran makanan Uber di rantau ini kepada platform pelbagai pengangkutan dan teknologi kewangannya.
Sebagai pemandu Grab separuh masa, Ameer Mustafa berkata, pengambilalihan itu dijangka memberi manfaat kepada syarikat untuk mengembangkan perniagaan serantau namun ia memberi kerugian kepada pemandu dan penumpang Grab serta Uber.
Katanya, pendapatan pemandu mungkin berdepan situasi yang tertekan berkutan tiada persaingan lain dalam platform berkenaan di negara ini.
“Uber dan Grab bersaing memberi lebih banyak insentif kepada pemandu iaitu inisiatif mengekalkan kesetiaan pemandu untuk beroperasi dalam platform
katanya. Tambahnya, operator juga memerlukan lebih banyak pemandu bagi melaksanakan operasi dalam segmen berkenaan.
Sementara itu, pengamal media yang juga pemandu Grab, Suzy Zarei berkata, pemandu bagi perkhidmatan itu dilihat tidak terjejas kerana pengambilalihan itu hanya membabitkan peringkat pengurusan.
“Kebanyakan pemandu Uber gembira beralih kepada Grab kerana ia menawarkan kelebihan mesra pemandu. Sebagai contoh, aplikasi Uber tidak memberi maklumat mengenai destinasi yang ingin dituju penumpang apabila menerima tempahan. “Pemandu hanya akan menerima lokasi penumpang namun ia tidak menunjukkan ke mana tempat yang ingin dituju pemandu manakala Grab mempunyai segala maklumat mengenai perjalanan penumpang,” katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata, penggabungan itu akan meningkatkan pendapatan pemandu Grab memandangkan pasaran dijangka berkembang di rantau ini dan mewujudkan banyak potensi perniagaan.
“Saya yakin perniagaan dijalankan Grab mendapat lebih banyak keuntungan selepas ini,” katanya.