Harian Metro

Penggabung­an tak jejas kadar tambang

-

Penggabung­an Grab dan Uber di Asia Tenggara tidak akan memberi kesan kepada kadar tambang perkhidmat­an e-hailing.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, jaminan itu disuarakan dalam pertemuan dengan pengendali operasi Grabcar, semalam.

Beliau berkata, kerajaan boleh mengambil tindakan undang-undang menerusi Akta Persaingan 2010 yang menyekat kuasa monopoli dan pakatan syarikat besar jika Grabcar gagal berpegang kepada janji berkenaan.

“Jika syarikat pengendali e-hailing itu didapati menaikkan tambang, kerajaan berupaya mengambil tindakan mengikut perundanga­n sedia ada,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.

Grab, penyedia perkhidmat­an e-hailing Asia Tenggara mengambil alih operasi Uber Asia Tenggara secara rasmi daripada Uber Technologi­es Inc, semalam.

Perjanjian terbesar seumpamany­a di Asia Tenggara itu bakal menyaksika­n Grab melaksanak­an penggabung­an dengan perniagaan perkongsia­n perjalanan dan penghantar­an makanan Uber di rantau terbabit melalui platform pengangkut­an pelbagai modal serta teknologi kewangan sedia adanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia