Harian Metro

Syarikat Malaysia duduki tangga ke-7 platform Tmall

-

Tmall, platform rentas sempadan Alibaba Group menjangka pembabitan syarikat Malaysia menerusi platformny­a berkembang tahun ini.

Pengarah Pembanguna­n Perniagaan Tmall Global Rex Cheuk berkata, Malaysia yang menduduki tempat ketujuh dalam Laporan Pengguna Global Tahunan Tmall 2017 dijangka kekal menjadi penyumbang terpenting platform maya itu.

Katanya, syarikat Malaysia terutamany­a perusahaan kecil dan sederhana (PKS) perlu memanfaatk­an peluang meneroka potensi berkembang di pasaran global.

“Malaysia memiliki pelbagai produk berkualiti tinggi termasuk durian, kopi, biskut dan sarang burung yang memenuhi selera rakyat China.

“Dengan permintaan tinggi di China, ia peluang yang tidak boleh dilepaskan PKS tempatan untuk mengembang­kan jenama di peringkat antarabang­sa,” katanya di luar Seminar Akses Kepada Pengguna China anjuran Alibaba di sini.

Cheuk berkata, dengan pasaran runcit China bernilai AS$4.88 trilion dan terus berkembang , ia jumlah yang besar untuk diterokai usahawan termasuk Malaysia.

“Pertumbuha­n pasaran dalam talian dijangka berkembang 33 peratus menjelang 202,” katanya.

Tmall menawarkan 200,000 jenama di seluruh dunia.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia