Harian Metro

Sasar jual 30 model BMW X2

-

INGRESS Auto, wakil pengedar kenderaan BMW milik Bumiputera di negara ini memperkena­lkan model terbaru BMW X2 yang kali pertama diperkenal­kan untuk pasaran tempatan.

Ketua Jualan Ingress Auto Puchong Zaidi Hazral Abdul Hadi berkata, mereka menyasarka­n jualan 30 unit model BMW X2 tahun ini di dua cawangan iaitu Ingress Auto Puchong (12) dan Damansara (18).

“Sempena pelancaran model baru BMW X2, Ingress Auto Puchong mengadakan promosi khas bagi tempoh terhad iaitu 24 dan 25 Mac lalu dengan menawarkan hadiah jam tangan

bernilai lebih RM5,000 bagi setiap pembelian kereta BMW di cawangan ini,” katanya.

BMW X2 diimport sepenuhnya (CBU) dari Jerman tampil dengan reka bentuk sporty dilancarka­n BMW Group Malaysia minggu lalu.

 ??  ?? ZAIDI Hazral (kanan) di cawangan Ingress Auto di Puchong.
ZAIDI Hazral (kanan) di cawangan Ingress Auto di Puchong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia