Harian Metro

Ancam tindak balas

- Agensi

 Arab Saudi dakwa Iran bekalkan senjata, termasuk peluru berpandu yang dilancarka­n ke Riyadh

Tentera bersekutu diketuai Arab Saudi mengancam bertindak balas terhadap Iran yang didakwa membekalka­n senjata, termasuk peluru berpandu yang dilancarka­n ke Riyadh kelmarin, menyebabka­n seorang terbunuh.

Kelmarin, Arab Saudi memintas tujuh peluru berpandu antara benua yang ditembak ke arah Riyadh, termasuk lapangan terbang di bandar raya itu.

AFP melaporkan, jurucakap tentera bersekutu diketuai Arab Saudi, Turki al-Malki, berkata, ujian terhadap serpihan peluru berpandu itu menunjukka­n ia dibekalkan kepada Houthi oleh sekutunya, Iran.

“Peluru berpandu yang dilancarka­n ke wilayah Arab Saudi diseludup dari Iran.

“Kami mempunyai hak bertindak balas terhadap Iran apabila tiba masa dan tempat yang sesuai,” katanya.

Abdul-Moteleb Ahmed, 38, pekerja dari Mesir menjadi korban pertama peluru

Houthi

berpandu Houthi selepas bumbung rumahnya di daerah Um al-Hammam berlubang besar terkena serpihan.

Tiga lagi pekerja dari Mesir dalam rumah berkenaan turut cedera.

Iran melalu Pengawal Revolusi menafikan tuduhan Arab Saudi dan sekutunya bahawa Teheran membekalka­n peluru berpandu kepada gerila Houthi yang menggunaka­nnya untuk melancarka­n tujuh peluru berpandu

Jika mereka mahukan keamanan, hentikan serangan udara dan kami akan hentikan peluru berpandu kami”

antara benua ke Riyadh, kelmarin.

Reuters melaporkan, Ketua Politik Tentera Pengawal Revolusi Islam (IRGC), Brigadiar Jeneral Yadollah Javani, berkata: “Semua orang tahu laluan menghantar senjata ke Yaman disekat.

“Gerila Yaman sudah mempunyai kemampuan menghasilk­an sendiri senjata pertahanan, termasuk peluru berpandu, kejayaan yang enggan diterima Arab Saudi.”

Sementara itu, menurut Reuters, Houthi yang menguasai utara Yaman, menyatakan ia akan membedil lebih banyak peluru berpandu ke Arab Saudi jika negara berkenaan terus diserang.

Ketua Majlis Politik Houthi, Saleh al-Samad, berucap di depan puluhan ribu di Sanaa, berkata: “Kita bersyukur dengan kemajuan ketenteraa­n.

“Jika mereka mahukan keamanan, hentikan serangan udara dan kami akan hentikan peluru berpandu kami,” katanya.

 ??  ?? JURUCAKAP tentera bersekutu diketuai Arab Saudi, Turki al-Malki, menunjukka­n peluru berpandu yang digunakan pemberonta­k Houthi untuk membedil Riyadh, kelmarin. - Reuters
JURUCAKAP tentera bersekutu diketuai Arab Saudi, Turki al-Malki, menunjukka­n peluru berpandu yang digunakan pemberonta­k Houthi untuk membedil Riyadh, kelmarin. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia