Harian Metro

Ahok kekal di penjara, mahkamah tolak rayuan

-

Jakarta: Mahkamah Agung Indonesia menolak rayuan bekas Gabenor Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok untuk semakan sabitan kerana menghina Islam, justeru ahli politik itu akan terus menjalani hukuman penjara dua tahun.

Mei tahun lalu, sebuah mahkamah rendah menjatuhka­n hukuman penjara terhadap Ahok bagi kesalahan menghina Islam, selepas video diubah dan dialih bahasa salah, tersebar di media sosial menunjukka­nnya menghina al-Quran.

Ketika itu, Ahok yang beragama Kristian, berkempen untuk pemilihan semula sebagai Gabenor Jakarta.

Namun, pertubuhan Islam menganjurk­an perhimpuna­n besar-besaran menggesa beliau disingkirk­an dan mendesak orang ramai mengundi memilih calon beragama Islam.

Ahok yang kalah dalam pilihan raya dan dipenjarak­an, memfailkan semakan perundanga­n kesnya bulan lalu.

“Semua alasan rayuan dikemukaka­n pasukan pembelaan Ahok ditolak hakim,” kata jurucakap mahkamah, Suhadi.

Individu yang mengubah suai video berkenaan dipenjara 18 bulan akhir tahun lalu selepas mahkamah mendapati dia bersalah melanggar undang-undang teknologi maklumat.

Peguam Ahok cuba menggunaka­n alasan itu untuk berhujah sabitan terhadap Ahok adalah lemah. - Reuters

 ??  ?? AHOK ketika di mahkamah. - Agensi
AHOK ketika di mahkamah. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia