Harian Metro

Arak perogol di jalanan

-

New Delhi: Empat perogol dimalukan di khalayak ramai dengan diarak sepanjang jalan di Bhopal, Madhya Pradesh, India sebagai peringatan kepada orang ramai.

Rakaman video menunjukka­n mereka turut ditampar dan dipukul sekumpulan wanita yang berada di situ, termasuk anggota polis wanita.

Menurut polis, perarakan itu sebagai iktibar dan bagi menimbulka­n rasa takut kepada orang ramai untuk tidak melakukan jenayah rogol.

Ia juga bagi meningkatk­an keyakinan mangsa rogol supaya tampil membuat laporan pihak berkuasa.

Menurut laporan Daily Mail yang memetik media India, empat lelaki terbabit menculik dan merogol pelajar kolej berusia 20 tahun di Bhopal, sebelum mengancam untuk membunuh mangsa dan keluargany­a.

Mangsa dirogol beramai-ramai oleh suspek selepas dibawa ke sebuah rumah selepas dia diajak berjumpa oleh rakan universiti­nya, Shailendra Dangi, 21, di sebuah restoran.

Mereka kemudian bertengkar sebelum mangsa dibawa ke rumah rakan Shailendra iaitu Sonu Dangi, 21, dan dua lelaki, Dhiraj Rajput, 26 dan Chiman Rajput, 25, turut berada di situ.

Menurut polis, selepas empat lelaki terbabit ditahan, mereka diarak di jalanan. - Agensi

 ??  ?? EMPAT perogol di arak di tengah-tengah Bhopal, India. - Agensi
EMPAT perogol di arak di tengah-tengah Bhopal, India. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia