Harian Metro

Van Huizen ‘hilang’ dua tonggak

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih skuad hoki negara, Stephen Van Huizen

tidak gusar dengan

(gambar)

ketiadaan dua tonggak utama di benteng pertahanan, Izad Hakimi Jamaluddin dan Faiz Helmi Jali pada Sukan Komanwel Gold Coast bermula 4 April depan.

Tegas Stephen, ketiadaan dua pemain itu tidak menjejaska­n persiapan pasukan kerana beliau kembali memperoleh khidmat kapten, Sukri Mutalib dan Amirol Aideed Arshad.

Izad masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan lutut kanan manakala Faiz memohon pelepasan bagi memberi tumpuan kepada pengajiann­ya di Universiti Malaya.

Sukri dan Amirol pula yang terlepas aksi Piala Sultan Azlan Shah awal bulan ini, sudah cergas sepenuhnya daripada kecederaan.

“Seperti yang anda tahu Izad masih belum pulih daripada kecederaan tapi saya gembira kerana dapat menggunaka­n khidmat Sukri semula.

“Amirol juga kembali ke dalam pasukan dan ia memberi lebih pilihan kepada saya di benteng pertahanan.

“Kecederaan satu perkara biasa dalam sukan. Apa pun selepas ini persaingan pasti lebih sengit untuk pemain berada dalam senarai 18 pemain utama,” katanya.

Sementara itu, Stephen berkata, skuad negara berlepas awal ke Gold Coast semalam akan mengadakan tiga perlawanan persahabat­an sebelum turun aksi pertama bertemu England, 6 April depan.

Mereka akan bertemu pasukan kelab, New South Wales pada 29 dan 31 Mac sebelum menentang Australia, 3 April depan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia