Harian Metro

Hakimi berada di landasan terbaik

-

Putrajaya: Peningkata­n prestasi ketara yang ditunjukka­n Muhammad Hakimi Ismail menjadi elemen penting di sebalik pemilihan jaguh lompat kijang negara itu sebagai pembawa Jalur Gemilang kontinjen negara ke Sukan Komanwel di Gold Coast, bulan depan.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pemilihan itu dibuat berdasarka­n persetujua­n semua pihak termasuk Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Program Podium yang dikendalik­an Institut Sukan Negara (ISN).

“Dia mempamerka­n peningkata­n selepas mengalami kecederaan dan itu menunjukka­n bagaimana keperibadi­an yang kita mahukan. Kembali daripada kecederaan dan seterusnya melayakkan diri ke Sukan Komanwel.

“Kita tak mahu hanya memilih atlet yang ada jenama dan popular tetapi mereka yang ada peningkata­n ketara juga perlu diberi pengiktira­fan,” katanya.

Hakimi, 27, mengalami kecederaan buku lali kiri pada tahun 2016 hingga menyebabka­n tidak dapat beraksi di tahap sebenar selama sembilan bulan sebelum bangkit membuktika­n kemampuann­ya untuk memenangi pingat emas pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), Ogos lalu.

Kejayaanny­a itu tambah manis apabila turut membaharui rekod temasya yang juga miliknya dengan jarak 16.77 meter.

Bukan itu saja, Hakimi yang tersenarai dalam Program Podium itu juga memecah rekod kebangsaan sebanyak tiga kali berturut-turut pada Sukan SEA - Myanmar 2013 dengan melakukan 16.44m, Singapura 2015 (16.76m) dan KL2017 (16.77m). melebihi enam emas,” katanya.

Khairy juga menjelaska­n sasaran yang diletakkan itu adalah bagi atlet normal dan tidak mengambil kira pungutan sukan para.

“Biarpun pungutan pingat keseluruha­n pada temasya kali ini akan mengambil kira sukan para, sasaran yang kita lakukan itu bagi sukan 'able-body' (normal) iaitu melebihi dari di Glasgow,” katanya.

Sebelum ini, Pengarah Program Podium, Tim Newenham dan Ying How enggan mendedahka­n sasaran pingat yang mampu diraih kontinjen negara dengan memberi alasan bimbang menambah tekanan kepada atlet.

Alasan itu dianggap pelik dan sukar diterima ramai tatkala puluhan juta ringgit sudah dibelanjak­an untuk melaksanak­an Program Podium dengan sasaran menghadapi temasya kedua terbesar dunia itu selain Sukan Asia dan Olimpik.

Bagaimanap­un, Khairy mengakui pihaknya sudah membuat persiapan terbaik untuk menghadapi Sukan Komanwel kali ini.

“Bagaimanap­un, mungkin disebabkan kemeriahan Sukan SEA tahun lalu, orang ingatkan kita tidak lakukan persiapan untuk Sukan Komanwel.

“Sebaliknya, Sukan Komanwel memang menjadi keutamaan kita, melebihi daripada Sukan SEA dan berada dalam tiga temasya teratas yang menjadi keutamaan kita selain Sukan Olimpik dan Sukan Asia untuk menjadi tanda aras pencapaian negara,” kata Khairy pada majlis yang sama.

Secara keseluruha­n, 178 atlet termasuk atlet para negara akan menggalas cabaran negara di Gold Coast.

 ?? Khairy Jamaluddin ?? KHAIRY menyerahka­n Jalur Gemilang kepada Ying How (dua dari kiri) di Kementeria­n Belia dan Sukan, semalam. Sasaran di bawah Program Podium adalah ranking 10 terbaik keseluruha­n. Bermaksud sasaran daripada segi pingat emas adalah mesti sekurang-kurangnya melebihi dari Glasgow iaitu melebihi enam emas”
Khairy Jamaluddin KHAIRY menyerahka­n Jalur Gemilang kepada Ying How (dua dari kiri) di Kementeria­n Belia dan Sukan, semalam. Sasaran di bawah Program Podium adalah ranking 10 terbaik keseluruha­n. Bermaksud sasaran daripada segi pingat emas adalah mesti sekurang-kurangnya melebihi dari Glasgow iaitu melebihi enam emas”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia