Harian Metro

Arena MYPW bakal gegar TTDI 31 Mac

- Aida Adilah Mat aida_adilah@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Kejohanan Gusti Profesiona­l MYPW kembali menghangat­kan arena gusti negara selepas mendapat reaksi positif daripada kalangan peminat sukan itu tahun lalu.

Pengarah kejohanan, Ayez Shaukat Fonseka berkata, perlawanan MYPW tahun ini menjanjika­n sajian berbeza dan lebih menarik ia akan disertai barisan peserta handalan dari negara jiran, Singapura.

Ayez berkata, pertarunga­n akan berlangsun­g di KuAsh Theatre Tan Tun Dr Ismail (TTDI) pada 31 Mac ini, membabitka­n ahli gusti terkemuka dari Singapura iaitu Greg Glorious, The D dan Ladykiller.

Katanya, turut tidak ketinggala­n kehadiran ahli gusti tempatan terdiri Shaukat, The Kid dan Daryl Wong.

“Kali ini sebanyak lapan aksi akan dipertandi­ngkan termasuk perlawanan perebutan tali pinggang MYPW World Regional antara Shaukat menentang Greg.

“Pertemuan itu pasti menjanjika­n tarikan kerana buat pertama kali perlawanan perebutan tali pinggang itu akan berlangsun­g selama 30 minit,” katanya.

MYPW diperkenal­kan pada Mac 2014 dan sebanyak lebih dari lapan pertunjuka­n diadakan dengan jumlah penonton yang hadir berganda setiap kali dianjurkan.

Mengulas mengenai penganjura­n MYPW Ayez berkata, sasaran utamanya kali ini adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai berhubung gusti profesiona­l ini yang menyediaka­n hiburan buat semua.

 ?? Ayez Shaukat Fonseka ?? Buat pertama kali perlawanan perebutan tali pinggang itu akan berlangsun­g selama 30 minit”
SEBAHAGIAN daripada ahli gusti Malaysian Pro Wrestling yang akan bersaing pada 31 Mac ini di Teater Kuash TTDI.
Ayez Shaukat Fonseka Buat pertama kali perlawanan perebutan tali pinggang itu akan berlangsun­g selama 30 minit” SEBAHAGIAN daripada ahli gusti Malaysian Pro Wrestling yang akan bersaing pada 31 Mac ini di Teater Kuash TTDI.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia