Harian Metro

NAFAS BARU ORANJE

- AFP

Geneva

 Taktikal baru Koeman pacu Belanda benam Portugal

Ronald Koeman meraih kemenangan pertama selepas mengemudi pasukan kebangsaan Belanda apabila menang selesa 3-0 mengatasi Portugal di Geneva, awal pagi semalam.

Naib juara tiga kali Piala Dunia itu gagal layak ke pusingan akhir Piala Dunia tahun ini di Russia, namun pertemuan kedua Koeman selaku jurulatih menyaksika­n jaringan Memphis Depay, Ryan Babel dan Virgil van Dijk membantu kemenangan itu.

Ia malam yang mengecewak­an buat juara Eropah, Portugal menjelang Piala Dunia ketika tonggak pasukan, Cristiano Ronaldo menjadi individu terpencil hanya selepas tiga hari dua jaringanny­a menumbangk­an Mesir 2-1.

“Mereka ada empat peluang dan menjaringk­an tiga gol, mereka berhak menang,” kata jurulatih Portugal, Fernando Santos.

“Dua tahun lalu, sebelum Euro, kami tewas di laman sendiri kepada Bulgaria. Saya tidak rasa kami hilang keyakinan, saya masih percaya pemain ini pada masa depan.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia