Harian Metro

Gol tunggal Cavani julang Uruguay

-

Nanning, China: Penyerang Paris Saint-Germain, Edinson Cavani menjaringk­an gol tunggal perlawanan ketika Uruguay menewaskan Wales 1-0 pada final Piala China.

Pasukan Amerika Selatan itu nyata lebih baik berbanding skuad kendalian Ryan Giggs yang bergelut untuk menampilka­n semula persembaha­n terbaik mereka ketika menewaskan tuan rumah China 6-0,

Khamis lalu pada separuh akhir.

Perlawanan terbuka dan bercorak

serangan di Nanning bermula dengan baik apabila cubaan Luis Suarez

terkena palang selepas menerima hantaran rendah hanya selepas dua minit.

Sepakan penyerang Barcelona itu kemudianny­a sekali lagi terkena palang pada minit ke-31 apabila melepasi pertahanan Wales dan mengeliruk­an penjaga gol Wayne Hennessey.

Bagaimanap­un, bekas penyerang Liverpool itu menyepak ke palang ketika gawang sudah terbuka.

Cavani mengejutka­n Hennessey pada minit ke-36 menerusi sepakan deras dari luar kotak penalti, manakala cubaan pemain tengah Wales, Andy King juga diselamatk­an penjaga gol Uruguay, Fernando Muslera.

Peluang terbaik Wales hadir pada minit ke-45 apabila Gareth Bale menyambung hantaran lintang Harry Wilson, tetapi melepasi palang.

Gol bagaimanap­un hadir pada minit ke-49 apabila hantaran jauh mengatasi pertahanan Wales menemui Cristian Rodriguez yang melorongka­n bola buat Cavani yang meledak jaringan ke-100 buat negaranya dan membantu Uruguay mendahului 1-0. AFP

 ??  ?? CAVANI ceria memperaga
trofi Piala China.
CAVANI ceria memperaga trofi Piala China.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia