Harian Metro

Misi tebus hampa

- AFP

 Sterling enggan ulang prestasi hambar di Euro 2016, tekad bangkit di Piala Dunia Russia

Pemain sayap lincah Manchester City, Raheem Sterling (gambar) berazam mengulangi prestasi cemerlangn­ya bersama kelab ketika menyarung jersi England dalam misi menebus kehampaan di Piala Dunia Russia.

Sterling mengalami detik mengecewak­an dalam penampilan kejohanan besar sebelum ini tetapi Piala Dunia di Russia peluang terbaik untuk dia kembali mempamerka­n kebolehan sebenar.

Prestasi hambarnya menyumbang kepada kegagalan England pada Euro 2016 yang menyaksika­n England diaibkan Iceland pada peringkat 16 pasukan terakhir.

Sterling seterusnya kerap gagal menempatka­n diri dalam kesebelasa­n utama City sehingga tercetus spekulasi dia akan dijual oleh pengurus, Pep Guardiola.

Bagaimanap­un, pemain lincah berusia 23 tahun itu tidak menunggu lama untuk membuktika­n kepada Guardiola dan pengkritik­nya bahawa tanggapan mereka terhadapny­a salah dan tekad membuktika­n kemampuan sebenar.

Dia kembali merebut posisinya walaupun Guardiola membeli Bernardo Silva dan kini muncul watak utama di sebalik kejayaan hebat City dalam memburu trofi Liga Perdana Inggeris.

“Ketika tertekan atau dalam keraguan, ketika itulah saya kembali dalam keadaan terbaik,” kata Sterling kepada wartawan.

“Perkara sama berlaku pada musim panas ini. Kelab beli Bernardo dan pada masa sama kami ada Leroy (Sane).

“Saya sudah lupakan kekecewaan Euro 2016. Saya akui prestasi ketika itu amat buruk dan kini saya yakin kembali bangkit,” katanya.

Sterling yang sudah menjaringk­an 20 gol bersama City musim ini berharap ketajaman penyudahny­a dan prestasi konsisten mampu mengakhiri kemarau kejayaan England di kejohanan utama.

 ??  ?? STERLING yang juga pemain City pernah terpalit spekulasi akan dijual Guardiola.
STERLING yang juga pemain City pernah terpalit spekulasi akan dijual Guardiola.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia