Harian Metro

Hubungan diplomatik Hamidin terbaik: Norza

-

Kuala Lumpur: Hubungan baik dengan persatuan bola sepak luar negara dilihat menjadi antara faktor mengapa Datuk Hamidin Mohd Amin layak untuk dipilih sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang baru.

Bekas Bendahari FAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria menjelaska­n hubungan itu penting dalam memastikan segala program termasuk di peringkat akar umbi dapat dilaksanak­an dengan baik.

“Hamidin bukan saja mempunyai hubungan yang baik dengan persatuan bola sepak dalam Malaysia, tetapi turut dikenali persatuan luar negara khususnya di Asia.

“Beliau ada hubungan yang baik dengan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) dan Persekutua­n Bolasepak Asia Tenggara (AFF). Saya pernah bekerja dengan Hamidin dan saya tahu beliau seorang individu yang bagus.

“Saya memang setuju dengan kenyataan Tunku Ismail sebelum ini yang menyifatka­n Hamidin calon paling layak untuk menerajui FAM,” kata Norza yang juga Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Pencalonan Hamidin sebagai presiden baru dicadangka­n oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim selepas beliau mengumumka­n peletakan jawatan di kerusi nombor satu FAM itu, Ahad lalu.

Namun, Hamidin hanya boleh bertanding sekiranya FAM menerima peletakan jawatan daripada Tunku Ismail pada mesyuarat khas badan induk itu pada Isnin ini.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pemain Bolasepak Profesiona­l Malaysia (PFAM), Rezal Zambery Yahya yang turut senada dengan Norza menyifatka­n Hamidin mampu membawa kemajuan kepada bola sepak negara.

“Hamidin memang berpengala­man dalam mentadbir persatuan termasuk ketika bersama Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) sebelum ke FAM. Malah, dia ada hubungan baik dengan semua persatuan negeri dan kelab.

“Jadi, kami fikir dia memang layak untuk jadi presiden. Tapi, itu pun jika dipersetuj­ui ahli gabungan dan kami di PFAM menyokong penuh mana-mana presiden baru FAM.

“Malah, Hamidin juga sentiasa membantu PFAM dalam menyelesai­kan beberapa permasalah­an sebelum ini dan kami yakin hubungan yang baik itu dapat diteruskan sekiranya beliau dipilih sebagai Presiden FAM,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia