Harian Metro

Sejarah baru status presiden

- Zulfaizan Mansor zulfaizan@nstp.com.my

 Hamidin bakal muncul sebagai individu pertama bukan kerabat diraja atau ahli politik teraju FAM

Datuk Hamidin Mohd Amin akan mencipta sejarah muncul individu pertama bukan daripada golongan kerabat diraja atau ahli politik menerajui Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), jika beliau terpilih sebagai pengganti Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Hamidin yang juga Setiausaha Agung FAM ketika ini dicalonkan sendiri oleh Tunku Ismail selepas Tunku Mahkota Johor (TMJ) melepaskan kerusi panas itu, Ahad lalu.

Penolong Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi menjelaska­n ia dilihat sebagai perubahan baik bagi sukan bola sepak negara yang sudah sekian lama dahagakan pembaharua­n.

Sambil menyifatka­n cadangan Tunku Ismail itu tepat, Kok Chi percaya Hamidin mampu membawa perubahan yang diharapkan biarpun beliau bukan dalam kalangan kerabat diraja, orang kenamaan (VIP) atau ahli politik.

“Bagi saya persatuan sukan sebenarnya tidak perlu bergantung sepenuhnya terhadap golongan VIP, ahli politik atau kerabat diraja

(gambar)

sebagai presiden. Jadi, kami harap Hamidin akan menjadi Presiden FAM dan mengubah persepsi itu.

“Pemilihan individu biasa memegang jawatan tertinggi itu akan menjadikan mereka lebih jujur dan bekerja keras untuk menaikkan nama persatuan.

“Malah saya kagum dengan tindakan TMJ kerana membuat keputusan realistik dan jujur apabila mencalonka­n Hamidin sebagai Presiden FAM yang baru,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Selain menyifatka­n Hamidin sebagai calon paling layak dipilih sebagai presiden, Tunku Ismail juga mengesyork­an Timbalan Presiden, Datuk Yusoff Mahadi sebagai pemangku presiden hingga kongres ke-54 FAM pada 14 Julai depan.

Biarpun mendapat sokongan penuh Tunku Ismail, namun keputusan sama ada Hamidin terpilih untuk berada di kerusi panas itu atau tidak tetap akan ditentukan menerusi undi ahli gabungan FAM.

Untuk rekod, Hamidin memegang jawatan Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) selama 15 tahun dari 1998 hingga 2013.

Selepas itu, Hamidin dilantik sebagai Setiausaha Agung FAM pada 2013 bagi menggantik­an Datuk Seri Azzuddin Ahmad, ketika FAM di bawah kepimpinan Sultan Ahmad

Shah. mampu mewujudkan satu situasi yang bagus untuk FAM dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL),” katanya ketika dihubungi, semalam.

Selepas secara rasmi melepaskan tugasnya sebagai Presiden FAM kelmarin, Tunku Ismail membuat kejutan apabila mencadangk­an nama Hamidin sebagai calon paling layak menggantik­an tempatnya.

Bagaimanap­un, keputusan sama ada peletakan jawatan Tunku Ismail itu bakal diterima atau ditolak bakal ditentukan pada mesyuarat khas badan induk itu, Isnin ini.

PJBM yang juga ahli gabungan FAM mempunyai kuasa memilih presiden badan induk itu menerusi satu undi yang diberikan mereka.

Selain itu, Sathianath­an berkata, Hamidin juga mampu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pengurusan dalam FAM kerana tidak terbabit dengan komitmen lain.

“Hamidin bukan macam presiden lain yang baru masuk dan perlu tahu semua sistem dalam FAM. Jadi, saya fikir beliau tidak perlukan masa untuk menguruska­n badan induk itu.

“Sama juga seperti TMJ sebelum ini yang boleh dikatakan sepenuh masa bersama bola sepak. Tapi sekarang TMJ mahu fokus kepada MFL dan Hamidin orang yang paling layak menggantik­an tempatnya,” katanya.

 ?? B Sathianath­an ?? Beliau juga orang lama dan sudah mengetahui segala selok-belok dalam bola sepak”
B Sathianath­an Beliau juga orang lama dan sudah mengetahui segala selok-belok dalam bola sepak”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia