Harian Metro

PJBM sokong Hamidin

-

Kuala Lumpur: Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin meraih ‘undi pertama’ daripada Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM) untuk menerajui badan induk itu.

Ia selepas Presiden PJBM, B Sathianath­an secara terbuka menzahirka­n sokongan penuh terhadap Hamidin dengan menganggap beliau sebagai individu paling layak menggantik­an tempat Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Malah, Sathianath­an menyifatka­n Hamidin sebagai individu serba lengkap untuk pengurusan bola sepak selepas sekian lama terbabit dalam arena sukan nombor satu negara itu.

“Melihat kepada situasi sekarang, Hamidin orang paling sesuai dipilih sebagai presiden. Beliau juga orang lama dan sudah mengetahui segala selok-belok dalam bola sepak.

“Jadi, tindakan Tunku Ismail mencadangk­an nama beliau pun memang tepat. Sekarang sudah masanya Presiden FAM dipilih daripada mereka yang boleh bekerja sepenuh masa. “Hamidin juga rapat dengan semua ahli gabungan. Malah, hubungan baik beliau dengan Tunku Ismail juga

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia