Harian Metro

Pemain Kuantan FA mahu isu gaji selesai

- Malik Muhamad sukanteam@nstp.com.my

Kuala Terengganu: Biarpun enam pemain utama Kuantan FA bertindak angkat kaki selepas gaji mereka tidak dibayar sejak Januari lalu, beberapa pemain masih setia dan menaruh harapan tinggi supaya isu itu diselesaik­an sebaik mungkin dalam masa terdekat.

Malah beberapa pemain berkenaan masih percaya ada jawapan menggembir­akan daripada pihak pengurusan walaupun ada kalanya mereka mengakui hilang sabar selepas menunggu lebih tiga bulan tunggakan gaji serta elaun termasuk Disember lalu tidak dibayar.

Seorang pemain yang enggan didedahkan namanya berkata, biarpun setakat ini masih belum ada sinar atau bayangan mengenai bayaran tunggakan itu, dia percaya isu tunggakan gaji pemain dan pegawai akan dapat diselesaik­an apatah lagi sudah berada dalam pengetahua­n Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

“Kami percaya dan yakin isu ini dapat diselesaik­an dalam masa terdekat walaupun hingga kini kami belum mendapat sebarang perkhabara­n dan berita gembira daripada pihak pengurusan. “Harapan kami sebelum 7 April depan iaitu genap tiga bulan kami menyarung jersi pasukan ini (Kuantan FA), semua gaji kami termasuk elaun dapat dibayar oleh pihak pengurusan kerana kami juga memerlukan wang untuk menjalani kehidupan harian termasuk makan minum anak-anak, isteri dan juga bayaran rumah serta kenderaan,” kata pemain berpengala­man itu.

Sukan NSTP difahamkan pemain yang sudah meninggalk­an pasukan itu termasuk pemain berasal dari Pulau Langkawi, Helmi Rameli, Daudsu Jamaluddin, Zairul Fitree Ishak dan Izzuddin Hussin.

Difahamkan juga, beberapa lagi pemain akan meninggalk­an pasukan itu menjelang pertemuan Liga Perdana menentang Pulau Pinang pada 9 April depan di Stadium Majlis Perbandara­n Selayang.

“Kami tidak mahu imej pasukan yang kini sudah tercalar dengan isu tunggakan gaji dan hukuman FAM terus menghantui pasukan kerana kami masih sayangkan pasukan.

“Justeru, kami rayu pihak pengurusan supaya dapat membayar gaji kami dan pegawai bagi membersihk­an imej pasukan,” ujar pemain itu.

 ??  ?? KESEBELASA­N utama PKNS FC.
KESEBELASA­N utama PKNS FC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia