Harian Metro

Bos Gaurus akhiri ‘kembara’ padang latihan

- Azizan Hashim sukanteam@nstp.com.my

Ipoh: Pasukan Liga Super Perak tidak lagi berdepan masalah padang latihan selepas ini kerana persatuan bola sepak negeri itu sudah membina dua padang latihan di Chepor, dekat sini, yang dijangka siap tidak lama lagi.

Selepas bertahun-tahun lamanya terpaksa menumpang padang Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) serta Kelab Sukan dan Rekreasi China Perak (PCRC) yang menyaksika­n pasukan itu kadangkala terpaksa ‘mengembara’ untuk menjalani latihan, semuanya kini akan berakhir.

“Tidak timbul lagi masalah padang untuk berlatih kerana kami sudah ada padang latihan sendiri. Malah salah satu padang itu adalah padang sintetik,” kata Presiden Persatuan Bolasepak Perak, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan.

Sebelum ini, skuad Liga Super menjadikan padang PERNAMA milik 2 Briged sebagai gelanggang tetap latihan mereka.

Dengan kerjasama baik antara kedua pihak menyaksika­n kemudahan dipertingk­atkan seperti bilik persalinan dan setor menyimpan peralatan latihan dibina. Malah, penjagaan rumput juga dilaksanak­an bagi meningkatk­an kualiti padang.

Sementara itu, Puhat menjelaska­n, Stadium Perak boleh digunakan April ini kerana kerja menaiktara­f gelanggang untuk perasmian Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 itu hampir siap.

“Stadium Perak sepatutnya digunakan pada 3 April ini untuk perlawanan Perak-Johor Darul Ta’zim tapi perlawanan itu dibatalkan,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Puhat yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri berkata, PAFA bercadang menempatka­n pasukan Piala Presiden dan Belia negeri itu di Manjung serta Parit Buntar.

 ?? Abdul Puhat Mat Nayan ?? Tidak timbul lagi masalah padang untuk berlatih kerana kami sudah ada padang latihan sendiri”
Abdul Puhat Mat Nayan Tidak timbul lagi masalah padang untuk berlatih kerana kami sudah ada padang latihan sendiri”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia