Harian Metro

Lelaki cedera dipukul dua rakan

-

Seorang lelaki cedera di kepala dan telinga kanan selepas dipukul dengan batang paip dan kerusi oleh dua rakannya di Kampung Penampang Proper di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, mangsa yang berusia 30-an dipukul dipercayai berpunca daripada hutang.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superinten­dan Mohd Haris Ibrahim berkata, ketika kejadian mangsa sedang membersihk­an kereta miliknya yang parkir di bahagian bawah rumah sebelum didatangi dua lelaki dikenaliny­a.

“Seorang daripada suspek kemudianny­a menghampir­i mangsa sambil memegang batang besi berukuran satu meter dan bertanya berapa jumlah hutangnya yang masih belum dijelaskan kepada mangsa.

“Belum sempat mangsa menjawab, suspek memukul menggunaka­n batang paip di telinga dan kanan kepala mangsa selain dipukul menggunaka­n kerusi,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Mohd

Haris berkata, mangsa yang cedera kemudianya pergi ke Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE 1) untuk mendapatka­n rawatan sebagai sebagai pesakit luar.

“Siasatan mendapati mangsa mengenali suspek hampir 10 tahun dan mengesyaki punca kejadian disebabkan hutang.

“Polis masih mengumpul maklumat dan risikan daripada mangsa bagi mengesan kedua-dua suspek yang masih bebas,” katanya.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangk­an kecederaan menggunaka­n senjata.

 ??  ?? MOHD Haris
MOHD Haris

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia