Harian Metro

Ujian menunggang motosikal RM200

- Suzianah Jiffar news@nstp.com.my

 500 penunggang bakal peroleh lesen menerusi 1Komuniti 1JPJ

Tiada lesen memandu antara kesalahan paling banyak dikesan Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) di negeri ini.

Pengarah JPJ Sabah Sadim Abdul berkata, daripada jumlah pemandu atau penunggang motosikal yang menjelaska­n saman kepada agensi itu, 50 peratus daripadany­a adalah berkaitan kesalahan tiada lesen memandu.

Menurutnya, pihaknya dapati kebanyakan kesalahan tiada lesen itu juga membabitka­n penunggang motosikal.

Katanya, Program 1Komuniti 1JPJ dengan membabitka­n pemimpin seperti wakil rakyat di sesebuah daerah dapat membantu memudahkan penunggang motosikal di luar bandar memperoleh lesen.

“Kita dapati orang muda mahir menunggang motosikal tetapi mereka tiada lesen.

“Dengan adanya program seperti ini, kita sendiri turun padang untuk memberi lesen kepada penunggang motosikal selepas menjalani ujian dengan bayaran hanya RM200,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media sempena Karnival Mesra Rakyat Jom JPJ Peringkat Negeri Sabah di sini, semalam.

Sadim berkata, sekurang-kurangnya 500 penunggang motosikal bakal memperoleh lesen menerusi program berkenaan.

“Menerusi program ini, kita bukan saja merakyatka­n perkhidmat­an awam, malah membantu mengurangk­an bebanan ekonomi mereka untuk mendapatka­n lesen motosikal,” katanya.

Menurutnya, karnival yang diadakan sehari itu turut menyediaka­n penguranga­n kadar kompaun sebanyak 50 peratus.

Katanya, pihaknya mengharapk­an ramai yang datang untuk membayar atau memeriksa sekiranya mereka mempunyai saman,” katanya sambil menambah program seperti itu diadakan 18 kali pada tahun lalu.

“Program hari ini adalah kali keempat diadakan di Sabah tahun ini dan kita mungkin akan meneruskan program sama ke bandar lain seperti Tawau dan Sandakan,” katanya.

 ??  ?? SADIM (kiri) pada Karnival Mesra Rakyat Jom JPJ Peringkat Negeri Sabah,
semalam.
SADIM (kiri) pada Karnival Mesra Rakyat Jom JPJ Peringkat Negeri Sabah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia