Harian Metro

Manfaat aplikasi VSP

- Abdul Rahemang Taiming cnews@nstp.com.my

 Tokan, penagih dadah ditahan selepas terima maklumat orang awam

Seorang lelaki disyaki tokan dadah ditahan selepas maklumat mengenai kegiatan mereka diterima melalui aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) Polis Diraja Malaysia (PDRM), petang kelmarin.

Suspek berusia 26 tahun itu ditahan bersama satu peket dadah syabu dan peralatan menagih bahan terlarang itu di kawasan Taman Semarak, dekat sini, jam 3 petang.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, lelaki warga tempatan itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti (BPJKK), susulan maklumat orang awam melalui aplikasi VSP PDRM Sabah.

“Ketika dihampiri, suspek cuba melarikan diri hingga berlaku pergelutan dengan polis sebelum dia ditahan.

“Hasil pemeriksaa­n, polis menemui satu peket plastik lut sinar disyaki dadah syabu yang disimpan dalam kotak cermin mata warna hitam serta peralatan lengkap menagih dadah dalam poket seluarnya,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Dalam kes berasingan, polis menahan lelaki warga tempatan berusia lingkungan 20-an di kawasan tapak pembinaan sama disyaki penagih dadah yang dipercayai datang ke kawasan itu mendapatka­n bekalan dadah.

Fadil berkata, siasatan lanjut mendapati kedua-dua suspek positif dadah methamphet­amine dan kes disiasat mengikut Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau mengalu-alukan maklumat daripada orang awam termasuk pengguna aplikasi VSP bagi memastikan pengedar dan sarang penagih dadah di daerah itu dapat dibanteras sepenuhnya.

VSP yang dilancarka­n sejak Mac 2017 adalah kerjasama strategik antara PDRM dan masyarakat bagi memudahkan proses penyaluran maklumat.

Menerusi aplikasi berkenaan, orang ramai hanya perlu mengirim gambar, video dan mesej untuk diambil tindakan lanjut oleh PDRM.

 ??  ?? SUSPEK disyaki tokan dan penagih dadah ditahan susulan maklumat yang diperoleh melalui aplikasi VSP PDRM, di Tawau.
SUSPEK disyaki tokan dan penagih dadah ditahan susulan maklumat yang diperoleh melalui aplikasi VSP PDRM, di Tawau.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia