Harian Metro

Pilih parti bawa pembanguna­n

-

Jangan tersalah pilih parti yang membentuk kerajaan semata-mata kerana janji dan kata-kata manis ditabur menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Ingatan itu disampaika­n Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad yang menasihatk­an rakyat negeri itu mengekalka­n kerajaan sedia ada diterajui Barisan Nasional (BN) berbanding parti lain yang cuma mampu menabur janji bagi meraih sokongan rakyat.

Beliau yang juga Pengarah Yayasan Sabah berkata, kerajaan BN pimpinan Perdana

Menteri Datuk Seri Najib Razak berjaya membawa pembanguna­n di Sabah dalam tempoh singkat, sekali gus membuktika­n kemampuan BN sebagai parti prihatin terhadap keperluan rakyat.

“Nasihat saya, jangan silap pilih kerajaan gara-gara dijanjikan dengan kata-kata manis. Mereka (pembangkan­g) hanya mampu berjanji ‘itu, ini’ kerana inginkan simpati, namun apa dijanjikan tidak akan mampu ditunaikan berbanding kerajaan BN,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Mesra Rakyat anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di sini, semalam.

 ??  ?? SAPAWI (dua dari kiri) menyampaik­an sumbangan kepada penerima pada Program Mesra Rakyat di Beaufort.
SAPAWI (dua dari kiri) menyampaik­an sumbangan kepada penerima pada Program Mesra Rakyat di Beaufort.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia