Harian Metro

Kerjasama bangun industri pelanconga­n

-

Sandakan: Sabah Green Developmen­t (SGD), syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah kerajaan negeri bekerjasam­a dengan pelabur China bagi membangunk­an industri pelanconga­n di timur Sabah.

Kerjasama itu dimeterai menerusi memorandum persefaham­an (MoU) ditandatan­gani antara SGD yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutif John Nip dan Living Great Fortune Sdn Bhd diwakili Pengarah Pemasaran Antarabang­sa Ong Tat Kian.

Majlis menandatan­gani MoU itu disaksikan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dalam majlis Makan Malam Bersama Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS) di sini, malam kelmarin.

Tat Kian berkata, kerjasama itu antara lain untuk membangunk­an 200 villa terapung di Tawau dalam usaha menarik lebih ramai pelancong terutama dari China ke Sabah khususnya pantai timur negeri itu.

“Kita mengambil masa tiga bulan untuk menyediaka­n tapak sebelum kerja pembinaan dimulakan yang dijangkaka­n bermula pada tahun ini.

“Selepas ia siap, kita akan mempertimb­angkan untuk bekerjasam­a bagi membangunk­an sektor pelanconga­n di kawasan lain termasuk Sandakan,” katanya selepas majlis berkenaan.

Selain kerjasama itu, SGD turut memeterai MoU dengan MIMOS Berhad iaitu agensi di bawah Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk meningkatk­an sistem komunikasi, keselamata­n dan pemantauan di kawasan pelanconga­n di timur Sabah.

Sandakan: Beban ibu tunggal menyara keluarga selepas kematian suami berkuranga­n menerusi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diterimany­a, semalam.

Ibu kepada sembilan anak itu, Alija Sarabi, 43, antara 2,952 individu dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Sibuga menerima bantuan yang disampaika­n Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman dalam majlis Penyampaia­n BR1M di Dewan Sri Libaran, di sini.

Alija berkata, pendapatan­nya dengan menjual kuih dari rumah ke rumah tidak dapat menampung perbelanja­an mereka sekeluarga termasuk tambang sekolah empat anak serta susu bayinya yang baru berusia 11 bulan.

“Saya perlu menyara keluarga selepas suami meninggal dunia bulan lalu akibat serangan jantung.

“Saya dapat bantuan ini sejak 2012 dan ia sedikit-sebanyak dapat membantu membayar tambang bas sekolah dan membeli susu anak,” katanya.

Seorang lagi penerima, Halimah Imanudin, 58, dari Kampung Mangkalina­u, berkata, dia sudah empat kali menerima BR1M yang digunakan untuk kos perubatan penyakit kaki dialaminya sebelum ini.

“Wang yang diberi kerajaan kali ini pula saya mahu gunakan untuk membeli kaca mata kerana sudah lama pandangan saya kabur tetapi baru sekarang boleh beli kaca mata,” katanya.

Sementara itu, Musa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga berkata, beliau gembira melihat wajah rakyat berseri-seri menerima bantuan disalurkan kerajaan itu.

“Ia hak rakyat untuk mendapat bantuan ini yang disalurkan kerajaan sejak 2012 dan saya harap wang ini digunakan sebaiknya untuk perkara penting,” katanya.

 ?? Musa Aman ?? MUSA menyampaik­an BR1M kepada warga tua pada Majlis Penyampaia­n BR1M di Sandakan. Ia hak rakyat untuk mendapat bantuan ini yang disalurkan kerajaan sejak 2012 dan saya harap wang ini digunakan sebaiknya untuk perkara penting”
Musa Aman MUSA menyampaik­an BR1M kepada warga tua pada Majlis Penyampaia­n BR1M di Sandakan. Ia hak rakyat untuk mendapat bantuan ini yang disalurkan kerajaan sejak 2012 dan saya harap wang ini digunakan sebaiknya untuk perkara penting”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia