Harian Metro

Tingkat budaya kerja berdaya maju

- Mohd Latif Ahmad news@nstp.com.my

 Lebih banyak organisasi disaran sertai program kelolaan MPC

Lebih banyak organisasi dari Sarawak disarankan menyertai program pembanguna­n sistem pentadbira­n dan pengurusan di bawah kelolaan Perbadanan Produktivi­ti Malaysia (MPC).

Ia bertujuan meningkatk­an budaya kerja yang kompeten terutama dalam kalangan jabatan dan agensi kerajaan, sekali gus membantu meningkatk­an kualiti perkhidmat­an dan sistem penyampaia­n kepada rakyat.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ia antara program pembanguna­n sistem yang ditawarkan MPC.

Menurutnya, program pembanguna­n sistem itu adalah langkah penting dalam mewujudkan kerangka kerja yang cekap seterusnya mampu sesebuah organisasi termasuk syarikat korporat hingga ke peringkat global.

“Matlamat utama program pembanguna­n sistem ini ialah untuk meningkatk­an kecemerlan­gan melalui peningkata­n produktivi­ti dan kualiti.

“Antara pendekatan yang diambil untuk meningkatk­an produktivi­ti dan kualiti termasukla­h mengurangk­an kos, menghapusk­an pembaziran dan mewujudkan persekitar­an tempat kerja yang berkualiti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis Graduasi Program Pembanguna­n Sistem Kali Pertama MPC Wilayah Sarawak 2018 di MPC Sarawak, di sini semalam.

Teks ucapannya itu dibacakan Menteri Muda Pertanian negeri Dr Abdul Rahman Ismail.

Sementara itu, Awang Tengah yang juga Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan negeri berkata, prestasi produktivi­ti Malaysia mencatatka­n pertumbuha­n 3.6 peratus pada 2017 kepada RM81,039 berbanding 3.5 peratus iaitu RM78,244 yang dicatatkan 2016.

Beliau berkata, ia menunjukka­n Malaysia berada di landasan betul untuk mencapai pertumbuha­n produktivi­ti kepada 3.7 peratus menjelang 2020.

 ??  ?? DR Abdul Rahman (baris kedua, tengah) bersama tetamu kehormat merakamkan gambar bersama wakil organisasi dan syarikat yang menerima sijil di pejabat MPC Sarawak di Kuching.
DR Abdul Rahman (baris kedua, tengah) bersama tetamu kehormat merakamkan gambar bersama wakil organisasi dan syarikat yang menerima sijil di pejabat MPC Sarawak di Kuching.
 ??  ?? AWANG Tengah
AWANG Tengah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia