Harian Metro

‘BIAR SAYA BERLAPAR’

■ Ibu tinggal anak termasuk bayi empat bulan di kedai dobi ketika bekerja

- Ernalisa Othman cnews@nstp.com.my

> “Biar saya berlapar, tebal muka minta kerja sana sini asalkan kami masih bersama dan saya dapat beri mereka makan,” luah Julia Isnin, 41, yang terpaksa meninggalk­an empat anak termasuk bayi berusia empat bulan di kedai dobi layan diri ketika dia melakukan pelbagai pekerjaan untuk menampung kehidupan.

Pada waktu malam pula mereka menumpang tidur di masjid dan rumah terbiar, lapor Ernalisa Othman

“Biar saya tebal muka minta kerja sana-sini, asalkan saya masih bersama anak-anak dan dapat beri mereka makan,” luah ibu beranak empat, Julia Isnin, 41, yang terpaksa meninggalk­an empat anak termasuk bayi berusia empat bulan di kedai dobi layan diri untuk melakukan pelbagai pekerjaan.

Julia berkata, hidupnya berubah sejak suami menghilang­kan diri Ogos lalu dan terpaksa mengosongk­an rumah mereka di Taman Chempaka, di sini.

Sejak itu, hidup mereka lima beranak berpindah-randah, terpaksa tidur di masjid, rumah terbiar dan pada waktu siang ketika dia bekerja sapu sampah atau cuci pinggan di Larkin Perdana, anak-anaknya ditinggalk­an di kedai dobi layan diri di kawasan berkenaan.

Bayinya, Mohd Iskandar terpaksa ditinggalk­an bersama anak perempuann­ya, Nor Farahin Shahri, 11, serta anak kembar lelakinya, Mohd Azhar dan Mohd Azhari, 13, di kedai dobi berkenaan.

Kesempitan hidup juga menyebabka­n hanya Nor Farahin masih bersekolah, manakala anak kembarnya terpaksa menamatkan persekolah­an sejak tahun lalu bagi menjaga adik mereka.

Julia berkata, walaupun bimbang keselamata­n anak terutama Iskandar, tetapi dia terpaksa berbuat demikian disebabkan kedaifan hidup dan tidak mempunyai pilihan lain.

Katanya, kedai dobi rumah kedua untuk anaknya berteduh kerana diyakini lebih selamat berbanding tempat lain, selain terletak berhampira­n lokasi dia bekerja di blok bangunan sama.

“Macam ini rutin harian saya. Bermula jam 8 pagi dari Isnin hingga Sabtu, saya bawa anak ke kedai dobi dan letak Iskandar di meja.

“Alhamdulil­lah, dia memang baik dan tak meragam, diam saja. Dia macam tahu mak dia susah, kalau menangis pun biasa nak susu, tetapi kakak dia boleh buatkan. Cuma kadang-kadang kalau tiada abang, kakak dia akan cari saya bila Iskandar menangis.

“Kadang-kadang sambil sapu sampah terdetik juga rasa bimbang terkenangk­an keselamata­n anak. Tangan saya menyapu, tetapi hati ini Tuhan saja tahu,” katanya ketika ditemui, semalam.

Julia berkata, walaupun lokasi dia bekerja terletak kira-kira 100 meter dari kedai dobi itu, dia berulang kali menjenguk anaknya bagi memastikan keselamata­n mereka, malah hatinya gusar setiap kali terdengar kanak-kanak menangis kerana menyangka anaknya menangis.

“Gaji sapu sampah RM800 sebulan. Beli makan pakai anak dah berapa. Bukan tidak bersyukur, memang tak cukup zaman sekarang ni, tetapi macam mana pun saya sanggup buat apa saja kerja yang boleh mendatangk­an duit untuk saya tampung belanja anak-anak.

“Kalau orang kata tak berganti baju, tak makan tak mengapa, yang penting anak-anak masih bersama saya dan mereka terbela.

“Kadang-kadang saya pergi mana-mana kedai, buat muka tak tahu malu minta kerja kosong cuci pinggan. Dapatlah RM7 sehingga RM10. Saya bersyukur. Kerja pun tak lama, dalam empat jam. Kalau tidak penat, saya akan cuba saya kerja tempat lain pula. Kalau dapat RM30 pun saya sudah bersyukur, boleh buat belanja makan minum anak-anak,” katanya.

Julia berkata, walaupun upah yang diterima tidak sebesar mana, dia tidak sama sekali memberikan bayinya susu pekat manis kerana bimbang kesan sampingan terhadap kesihatan anaknya yang masih kecil.

“Biar saya tak makan tak minum, asalkan Iskandar dibelikan susu formula bayi biasa, yang murah pun tak apa, yang penting saya elak bagi dia minum air sirap atau susu pekat. Kasihan kepada bayi,” katanya yang pernah memohon bantuan Baitulmal pada tahun lalu, tetapi sehingga kini tiada maklum balas.

Sementara itu, Pegawai Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Johor Bahru, Normawarni Mahat yang dihubungi memaklumka­n pihaknya akan ke lokasi terbabit bagi melihat sendiri keadaan keluarga itu bagi membolehka­n bantuan disalurkan.

“Biar saya tak makan tak minum, asalkan Iskandar dibelikan susu formula bayi biasa, yang murah pun tak apa, yang penting saya elak bagi dia minum air sirap atau susu pekat. Kasihan kepada bayi”

Julia Isnin

 ?? >6 ??
>6
 ??  ?? JULIA bersama Mohd Iskandar dan dua lagi anaknya di pusat dobi di Larkin Perdana Johor Bahru. JULIA menyapu di kedai dobi tempat anak-anaknya ditinggalk­an sebentar.
JULIA bersama Mohd Iskandar dan dua lagi anaknya di pusat dobi di Larkin Perdana Johor Bahru. JULIA menyapu di kedai dobi tempat anak-anaknya ditinggalk­an sebentar.
 ??  ?? JULIA bersama Mohd Iskandar dan dua lagi anaknya di pusat dobi di Larkin Perdana, Johor Bahru.
JULIA bersama Mohd Iskandar dan dua lagi anaknya di pusat dobi di Larkin Perdana, Johor Bahru.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia