Harian Metro

Pengantin air mata

■ Mangsa rugi RM17,350 ditipu syarikat pakej perkahwina­n

- Nur Afiradina Arshad cnews@nstp.com.my

“S uasana hari itu sungguh cemas apabila kami terpaksa mencari kedai makan selain membeli barang untuk masak jamuan tetamu yang akan hadir,” kata Hapizah Abd Ghani, 58, mangsa penipuan sebuah syarikat pakej perkahwina­n pada 24 Mac lalu.

Difahamkan, syarikat berkenaan yang beribu pejabat di Sungai Buloh, Selangor, menipu lebih sembilan mangsa membabitka­n kerugian hampir RM500,000 sejak seminggu lalu.

Hapizah yang kali pertama mengadakan majlis perkahwina­n anaknya berkata, keluargany­a marah dan terkilan dengan tindakan tidak bertanggun­gjawab syarikat berkenaan.

Katanya, syarikat berkenaan tidak menjalanka­n amanah seperti dijanjikan dan keluargany­a terpaksa menanggung kerugian RM17,350 selepas membuat pembayaran pakej perkahwina­n anak perempuann­ya termasuk majlis kenduri pada 15 Februari lalu. “Saya hanya menahan air mata ketika majlis berlangsun­g demi menghiburk­an hati saudara-mara dan tetamu yang hadir walaupun sebenarnya kesedihan itu hanya Allah SWT saja tahu,” katanya ketika ditemui pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) di sini, semalam.

Ibu kepada lima anak itu berkata, dia sedih memikirkan kejadian itu kerana ia majlis perkahwina­n pertama diadakan dalam ahli keluargany­a.

“Kesian saudara-mara pakai cantik dan lawa terpaksa bertungkus-lumus siapkan hidangan yang sepatutnya tiba jam 10 pagi ketika hari kejadian.

“Saya beberapa kali menghubung­i pihak syarikat berkenaan pada hari itu, namun gagal. Sebagai syarikat perancang perkahwina­n mereka

sepatutnya memaklumka­n kepada kami jika ada masalah,” katanya yang menetap di Ampang.

Timbalan Ketua Biro Aduan PGRM Ben Liew Pok Boon

berkata, hingga semalam, pihaknya menerima sembilan aduan berhubung penipuan syarikat berkenaan.

“Kami menganggar­kan lebih ramai lagi aduan akan

dibuat individu yang menjadi mangsa mereka.

“Syarikat ini dipercayai menjalanka­n perniagaan itu sejak 2016 dan beralamat di Sungai Buloh,” katanya.

Saya hanya menahan air mata ketika majlis berlangsun­g

Hapizah Abd Ghani

 ??  ?? MUHAMMAD Faez (kiri), Hapizah (dua dari kanan) dan Liew (kanan) pada sidang media, semalam.
MUHAMMAD Faez (kiri), Hapizah (dua dari kanan) dan Liew (kanan) pada sidang media, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia