Harian Metro

Buat majlis doa selamat

-

Kuala Lumpur: “Saya sudah berbincang dengan keluarga hanya akan adakan majlis doa selamat saja selepas mengetahui syarikat pakej perkahwina­n itu terbabit kes penipuan,” kata Muhammad Faez Mohd Zamberi, 26.

Katanya, dia hanya mengetahui sudah ramai menjadi mangsa penipuan syarikat berkenaan selepas ia tular di laman sosial Facebook.

Muhammad Faez berkata, pada mulanya dia hanya menyangka sebuah butik yang menjalanka­n kerjasama dengan syarikat pakej perkahwina­n berkenaan mempunyai masalah dengan syarikat itu.

Katanya, namun selepas menghubung­i pekerja yang berurusan dengannya, mereka menasihatk­an dia mencari syarikat lain untuk majlis perkahwina­nnya pada 31 Mac ini.

“Kira-kira lima hari lalu saya mengetahui syarikat itu memberhent­ikan semua pekerjanya dan operasi mereka ditutup.

“Sebelum ini, saya ada bertemu wakil syarikat itu dan dia memaksa saya menjelaska­n semua bayaran pada Februari lalu dengan diskaun 10 peratus,” katanya.

Seorang lagi mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Mariam, 27, berkata, dia dinasihatk­an seorang wakil butik yang bekerjasam­a dengan syarikat itu supaya mencari perkhidmat­an lain.

“Pihak butik itu sudah tidak terbabit atau bekerjasam­a dengan syarikat berkenaan,” katanya.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superinten­dan S Somu ketika dihubungi mengesahka­n menerima beberapa laporan berhubung kes penipuan membabitka­n syarikat pakej perkahwina­n berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia