Harian Metro

Dua maut van kilang terbalik

-

Temerloh: Dua lelaki warga Bangladesh maut selepas van kilang dinaiki mereka terbabas ke dalam longkang jalan di Kilometer 121, Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1), dekat sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 4.45 petang petang itu, mangsa, Hossain Forhad, 36 dan seorang lagi yang identitiny­a belum dikenal pasti disahkan maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Superinten­dan Zundin Mahmood berkata, ketika kejadian, van kilang itu dipandu lelaki tempatan bersama tujuh penumpang yang semuanya warga Bangladesh dan dikatakan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Chini, Pekan.

“Siasatan awal mendapati pemandu itu dipercayai mengantuk dan hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam longkang di sebelah kiri lebuh raya.

“Dua daripada penumpang maut di tempat kejadian manakala pemandu dan penumpang lain yang cedera dibawa keluar selepas terperangk­ap dalam kenderaan itu,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh untuk dibedah siasat bersama penumpang yang cedera bagi menerima rawatan lanjut di hospital sama.

Zundin berkata, kenderaan terbabit dibawa ke Pusat Pemeriksaa­n Kenderaan Berkompute­r (PUSPAKOM) Temerloh, manakala sampel darah dan air kencing pemandu akan diambil.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

 ??  ?? KEADAAN van di lokasi kejadian.
KEADAAN van di lokasi kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia