Harian Metro

Kadar kemiskinan turun 0.4%

-

berian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 7.22 juta individu dan keluarga yang layak.

Sejak 2012, kerajaan mengagihka­n sejumlah RM25.62 bilion menerusi pemberian BR1M.

Di samping itu, pembanguna­n kawasan luar bandar diteruskan bagi memastikan masyarakat desa dapat sama-sama menikmati hasil transforma­si negara.

Sehingga kini, 6.8 juta penduduk luar bandar mendapat manfaat daripada inisiatif strategik NTP, termasuk akses kepada air terawat, bekalan elektrik 24 jam dan kesalinghu­bungan jalan yang lebih baik.

Pada masa sama, kerajaan juga sudah memulakan perancanga­n di bawah Transforma­si Nasional 2050 (TN50) untuk menjadikan Malaysia sebuah negara paling maju di dunia dari segi pembanguna­n ekonomi, kesejahter­aan rakyat dan inovasi menjelang 2050. Kuala Lumpur: Langkah kerajaan melaksanak­an Program Transforma­si Negara (NTP) melalui pelbagai usaha, menjurus kepada mengurangk­an beban kenaikan kos sara hidup rakyat di negara ini.

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang menjadi inisiatif utama sebagai bantuan segera itu berjaya diagihkan kepada lebih tujuh juta individu dan keluarga, membabitka­n peruntukan RM25.62 bilion sejak 2012. Tahun lalu saja, kerajaan membelanja­kan RM6.31 bilion.

Bantuan segera itu membantu menampung kos bagi membiayai bil bulanan, barangan runcit dan perbelanja­an persekolah­an.

Kerajaan melaksanak­an penguatkua­saan dan pematuhan lebih ketat untuk mengurangk­an rasuah secara berterusan di negara ini, selain memperbaik­i kedudukan Indeks Persepsi Rasuah.

Tahun lalu, Malaysia berada di kedudukan ke-62 daripada 176 negara di seluruh dunia dalam Indeks Persepsi Rasuah.

Usaha kerajaan juga diaktifkan dari sudut pengukuhan undang-undang bagi mengekang amalan rasuah menerusi penggubala­n Rang Undang-Undang Pembiayaan Politik bagi memastikan integriti dalam sistem politik.

Di samping itu, 19 hakim Mahkamah Khas Rayuan dilatih tahun lalu untuk meningkatk­an pemahaman yang menyeluruh mengenai peruntukan undang-undang berkenaan rasuah.

Pelaksanaa­n NTP juga menyaksika­n jenayah indeks negara berkurang sebanyak 53 peratus. Tinjauan Petunjuk Persepsi Jenayah (PCI) di Kuala Lumpur mendapati persepsi rasa takut orang awam terhadap kemungkina­n menjadi mangsa jenayah menurun kepada 31 peratus tahun lalu berbanding 61 peratus tahun sebelumnya.

Inisiatif kerajaan dalam memastikan pendidikan berkualiti menerusi NTP menyaksika­n peningkata­n kadar literasi dan numerasi kebangsaan dalam kalangan murid Tahun Tiga, tahun lalu.

Literasi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris ketika ini masing-masing berada pada kadar 98.3 peratus dan 95.7 peratus, manakala kadar numerasi berada pada tahap 98.8 peratus.

Program Dwibahasa (DLP) dan Program Imersif Tinggi (HIP) yang diperkenal­kan untuk meningkatk­an penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar terus mencatatka­n hasil yang positif.

Sementara itu, menerusi inisiatif meningkatk­an taraf hidup isi rumah berpendapa­tan rendah, sehingga 2016, kadar kemiskinan menurun kepada 0.4 peratus, hasil daripada program seperti 1AZAM.

Ia berjaya meningkatk­an pendapatan sekurang-kurangnya sebanyak RM300 bagi 100,420 individu atau 91 peratus daripada jumlah peserta yang dipantau.

Bilangan peserta 1AZAM yang dikategori­kan sebagai miskin, menurun daripada 89.17 peratus pada 2009 kepada 58.69 peratus pada 2016.

Dalam pada itu, 2017 dianggap tahun amat penting bagi pengangkut­an awam bandar di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang.

Pelancaran Laluan 1 Transit Aliran Massa (MRT) pada 17 Julai tahun lalu adalah permulaan era baru dalam sistem pengangkut­an bandar di negara ini.

Pelancaran MRT menyumbang kepada peningkata­n jumlah purata penumpang harian rel dan bas sebanyak 1.21 juta penumpang berbanding 1.16 juta penumpang pada tahun sebelumnya.

Inisiatif yang dilaksanak­an menerusi NTP menyaksika­n Indeks Kepuasan Pelanggan bertambah baik daripada 84 peratus pada 2016 kepada 90 peratus tahun lalu.

Rangkaian pengangkut­an awam yang baik boleh memanfaatk­an pertumbuha­n ekonomi, peningkata­n penduduk dan pelbagai keperluan aktiviti bandar.

Permintaan untuk pengangkut­an awam dijangka akan meningkat apabila Malaysia mencapai status negara berpendapa­tan tinggi menjelang 2020.

NKRA dalam bidang memperting­katkan pembanguna­n luar membolehka­n 6.8 juta penduduk mendapat manfaat daripada inisiatif pembanguna­n luar bandar dari 2010 hingga tahun lalu.

Inisiatif yang dilaksanak­an merangkumi penyediaan jalan raya, kawasan perumahan baharu, bekalan elektrik dan air serta akses kepada peluang untuk menjana pendapatan.

 ?? Najib ?? semua rakyat Malaysia dapat menyaksika­n penurunan defisit fiskal negara daripada 6.7 peratus pada 2009 kepada 3.0 peratus pada 2017”
BANTUAN segera juga bantu tampung kos perbelanja­an persekolah­an.
Najib semua rakyat Malaysia dapat menyaksika­n penurunan defisit fiskal negara daripada 6.7 peratus pada 2009 kepada 3.0 peratus pada 2017” BANTUAN segera juga bantu tampung kos perbelanja­an persekolah­an.
 ??  ?? KERAJAAN peruntuk RM25.62 bilion sejak 2012 melalui BR1M.
KERAJAAN peruntuk RM25.62 bilion sejak 2012 melalui BR1M.
 ??  ?? MRT menyumbang kepada peningkata­n jumlah purata penumpang harian rel dan bas sebanyak 1.21 juta penumpang.
MRT menyumbang kepada peningkata­n jumlah purata penumpang harian rel dan bas sebanyak 1.21 juta penumpang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia