Harian Metro

Kerah kudrat kayuhan tangan jual ais krim

-

Alor Setar: Berjalan dan bekerja dengan hanya menggunaka­n kudrat tangan, seorang pemuda yang mengalami sindrom down yang turut cacat fizikal di kaki tidak pernah menjadikan kecacatan itu sebagai penghalang untuknya berdikari mencari rezeki.

Setiap hari pada jam 4 petang, Mohamad Ridzuan Khalid, 29, dari Kampung Padang Kunyit, Mukim Telaga Mas di sini, akan mengayuh basikal roda tiga yang direka khas untuknya ke beberapa kampung bagi menjual ikan masin, aiskrim Malaysia dan kuih siput.

Menurutnya dia lebih senang melakukan kerja itu biarpun terpaksa mengerah kekuatan tangannya ke tahap maksimum demi sesuap nasi.

“Sejak tahun lalu saya terfikir untuk mencari rezeki sendiri daripada terus mengharapk­an bantuan orang, mujurlah penduduk kampung ini prihatin dengan nasib saya dan mereka mengumpulk­an dana bagi mencipta sebuah basikal roda tiga yang dapat dikayuh dengan tangan serta membawa barang jualan.

“Saya kayuh dari kampung ke kampung yang lain, yang paling laris ialah aiskrim Malaysia terutama pada musim panas, kadang-kadang saya hanya dapat menjual kira-kira RM4 sehingga RM20 sehari dan ada kalanya pulang hampa,” kata anak tunggal ini.

Dia kini berhasrat untuk memiliki sebuah motosikal roda tiga bagi menjual baranganny­a ke tempat yang lebih jauh selain memudahkan­nya bergerak berikutan kerap sakit badan dan tangan berikutan mengayuh basikal.

“Saya perlukan sebuah motosikal bagi memudah- kan pergerakan, setiap kali kayuh basikal, habis seluruh badan akan sakit terutama di bahu dan tangan.

“Selain itu, saya tidak mahu terlalu bergantung kepada saudara mara, mereka sudah banyak membantu sejak saya kecil, dengan adanya motosikal, sekurang-kurangnya saya dapat bergerak sendiri ke mana saja,” katanya.

Bercerita lanjut, Mohamad Ridzuan berkata, dia bersyukur dibesarkan dengan baik oleh ibunya, Rodziah Nik

Cha, 53,yang juga

OKU (lembam) setelah berpisah dengan bapanya sejak kecil.

Katanya, walaupun menerima bantuan kewangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM400 sebulan, namun dia tetap mahu bekerja bagi membuat sedikit simpanan untuk digunakan ketika kecemasan dan sakit.

 ??  ??
 ??  ?? SULAIMAN ketika bertugas di Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN).
SULAIMAN ketika bertugas di Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia