Harian Metro

Terjerut tali langsir

-

 Kanak-kanak dua tahun maut ketika bermain sendirian dalam rumah

Tragedi seorang kanak-kanak lelaki dua tahun mati terjerut tali pengikat langsir di Meru Raya, kelmarin, adalah ujian besar kepada ibu tiri mangsa.

Perkara itu didedahkan ahli keluarga kanak-kanak berkenaan yang ditemui di kediaman mangsa di sini, semalam.

Menurutnya, ibu tiri mangsa amat menyayangi kanak-kanak terbabit seperti anak kandung selepas mengambil alih tugas membesarka­n mangsa.

Katanya, ia selepas kematian ibu kanak-kanak itu akibat kanser payudara.

“Dia (ibu tiri) baik sangat, dia layan budak itu lebih daripada kita layan anak sendiri.

“Kehilangan arwah sebahagian ujian Tuhan untuknya lebih tabah,” katanya.

Wanita itu bagaimanap­un enggan mengulas lanjut mengenai kejadian berkenaan. .

“Cukuplah setakat itu saja, apa yang berlaku sudah pun berlalu. Mak cik minta maaf ya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, ketika kejadian, hanya mangsa dan ibu tirinya berada di rumah.

Beliau berkata, kakak mangsa yang berusia lima tahun berada di tadika berhampira­n kediaman itu.

“Bapa mereka yang juga pensyarah dan berusia 33 tahun berada di Bangi, Selangor atas urusan kerja,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sebelum kejadian jam 2.15 petang, ibu tirinya memberi mangsa makan.

“Kanak-kanak itu bermain di ruang tamu, sementara ibu tirinya memasak di dapur,” katanya.

Bagaimanap­un katanya, 15 minit kemudian, wanita itu berasa tidak sedap hati kerana tidak lagi mendengar suara mangsa.

“Dia terkejut apabila tubuh kanak-kanak itu tergantung dengan leher terjerut pada tali langsir di ruangan masuk ke dapur.

“Mangsa yang tidak sedarkan diri diturun dan diletakkan di atas lantai sebelum wanita itu menghubung­i suami serta kakaknya yang tinggal berdekatan.

“Ibu mangsa menghubung­i talian kecemasan 999 dan pihak hospital mengajar cara membuat bantuan pernafasan menerusi telefon sementara menunggu ketibaan ambulans.

“Ketika itu, mangsa memberikan tanda positif apabila ibu mangsa merasai denyutan nadi dan ada susu keluar dari mulut mangsa,” katanya.

Bagaimanap­un, kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, jam 3 petang.

Jenazah kanak-kanak itu selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Meru Raya, malam kelmarin.

 ??  ?? Mangsa yang tidak sedarkan diri diturun dan diletakkan di atas lantai sebelum wanita itu menghubung­i suami serta kakaknya yang tinggal berdekatan” RUMAH keluarga kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang maut selepas lehernya terjerut tali langsir di...
Mangsa yang tidak sedarkan diri diturun dan diletakkan di atas lantai sebelum wanita itu menghubung­i suami serta kakaknya yang tinggal berdekatan” RUMAH keluarga kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang maut selepas lehernya terjerut tali langsir di...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia