Harian Metro

Tinggal bayi bawah pokok

-

Johor Bahru: Pasukan peronda polis bantuan menemui bayi perempuan berusia dua minggu ditinggalk­an di bawah pokok di tepi Jalan Kota Masai Utama, Pasir Gudang, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Superinten­dan Jokhiri Abd Aziz berkata, bayi seberat 3.5 kilogram berkenaan ditemui polis bantuan ketika membuat rondaan di kawasan itu, jam 3.11 petang Jumaat lalu.

“Ketika melakukan rondaan di Ecoworld Jalan Masai Utama, polis bantuan berusia 33 tahun itu ternampak satu bungkusan di tepi jalan di atas rumput.

“Apabila didekati, didapati bayi perempuan tidak diketahui bangsanya dalam keadaan lengkap berpakaian dan berbalut kain sedang menangis,” katanya, semalam.

Beliau berkata, berikutan itu, pengadu menghubung­i Balai Polis Taman Scientex untuk membuat laporan kejadian itu.

“Berdasarka­n siasatan, bayi itu berusia dua minggu dan dipercayai berbangsa Melayu atau Indonesia berdasarka­n kulit sawo matang.

“Ketika ditemui tiada sesiapa di kawasan itu dan bayi dalam keadaan sihat, selain usaha mengesan ibu bapa giat dilakukan,” katanya.

Katanya, susulan itu bayi berkenaan dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk pemeriksaa­n dan doktor mendapati keadaannya sihat.

“Bayi itu diserahkan kepada JKM untuk penjagaan dan hingga kini tiada siapa menuntutny­a,” katanya.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi yang jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA polis bantuan menemui seorang bayi di bawah pokok ketika menjalanka­n rondaan.
ANGGOTA polis bantuan menemui seorang bayi di bawah pokok ketika menjalanka­n rondaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia