Harian Metro

‘Andai aku pergi dulu...’

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

 Bob Lokman mahu kenalan tuntut hutang tak dibayar, mohon maaf atas segala dosa

“Kepada ibu bapa, saudaramar­a dan rakan, jika saya ada dosa pada semua, saya minta maaf. Kalau ada sikit pun saya minta maaf juga,” kata pelakon dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman yang kini uzur akibat masalah jantung sejak empat tahun lalu.

Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, 54, berkata, dia juga mengingatk­an kepada kenalannya supaya menuntut hutang daripada ahli keluargany­a sekiranya dia meninggal dunia dan tidak sempat menjelaska­n hutang itu.

Bob berkata, dia sudah merancang membayar hutang, tetapi tidak dapat mengingati individu terbabit dan jumlahnya.

“Saya sudah merancang untuk membayar semua hutang, tapi tidak ingat dengan siapa saya berhutang dan juga jumlahnya.

“Bagi jumlah yang banyak, saya sudah tulis. Insya-Allah isteri akan selesaikan secara perlahan-lahan.

“Masalah sekarang saya tidak ingat jumlah yang sikit. Namun, mana yang ingat saya maklumkan kepada isteri dan anak supaya selesaikan­nya. Saya tak nak jadi orang ‘muflis’ di Padang Mahsyar nanti,” katanya

Bob yang juga penulis lirik lagu Isabella turut berpesan kepada semua kenalan supaya segera bertaubat sebelum ajal tiba.

“Saya ramai kawan daripada pelbagai usia, golongan dan sikap.

Kepada rakan, kita sudah lalui satu kehidupan suka, seronok, melompat pergi konsert, menyambut Aidilfitri, balik kampung bersama, pergi perarakan Maulud Nabi dan banyak lagi.

Mengenai keadaan kesihatann­ya sekarang, bapa kepada lapan cahaya mata itu mengalami kehilangan suara sejak sebulan lalu, pergerakan terbatas dan memerlukan bantuan pernafasan di rumah.

“Saya masih boleh berjalan, tetapi dalam jarak 20 meter saja. Itu pun saya perlu berehat dua kali,” katanya.

Bob berkata, dia juga hilang nikmat makan kerana deria rasanya tidak mampu merasa apa-apa lagi kecuali makanan manis.

“Apa dilalui sekarang tidak ada nikmatnya. Saya reda dengan ketentuan Allah,” katanya.

Sementara itu, Bob berterima kasih kepada Mufti Wilayah Persekutua­n, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri yang menziarahn­ya pagi semalam.

“Saya tidak tahu dia nak datang. Agak lama juga kami tidak berjumpa. Sebelum ini saya selalu juga ke pejabatnya. Beliau seorang sahabat yang baik.

“Beliau mengetahui keadaan saya uzur selepas membaca akhbar Harian Metro hari ini (semalam). Ketika pertemuan kami, beliau sempat membaca doa dan menitipkan madu Sidr,” katanya.

 ??  ?? BOB mengaminka­n doa yang dibaca Dr Zulkifli di rumahnya, semalam.
BOB mengaminka­n doa yang dibaca Dr Zulkifli di rumahnya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia