Harian Metro

Ziana enggan sorok masalah

-

Kuala Lumpur: “Kehidupan perlu diteruskan. Kita kena fikir yang positif. Kes masih lagi berjalan dan saya tidak boleh bercakap apa-apa lagi. Sama-sama doakan yang terbaik,” demikian kata Ziana Zain mengenai perkembang­an kes membabitka­n suaminya, Armin Zaharin Ahmad Zambri yang didakwa mencederak­an anak lelaki mereka, 6 Mac lalu.

Ziana yang ditemui dilihat mengambil pendekatan berhati-hati dalam mengulas isu ini.

Walaupun berdepan situasi mencabar, dia tidak menyembuny­ikan diri sebaliknya muncul menjayakan persembaha­n dan sedia bersemuka dengan pihak media.

“Saya tidak perlu nak menyorok kerana ini periuk nasi saya. Selain itu, saya juga ada tanggunggj­awab terhadap peminat dan industri.

“Saya tidak boleh lemah kerana jika lemah, saya akan kalah. Saya kena kuat demi masa depan dan anak. Dalam hidup, saya kena tanamkan sikap positif dan sentiasa fikir perkara yang tidak dijangka,” katanya.

Ditanya mengenai hubunganny­a dengan Armin sekarang, Ziana dilihat berhati-hati dalam memberikan jawapan.

“Kes masih dalam proses mahkamah. Apa yang boleh dikatakan, setiap orang kena ada masa untuk berfikir.

“Dia (Armin) ada benda nak dibuat dan saya pun sama. Perkara itu sensitif dan kena fikir betul-betul kerana apa yang dibuat membabitka­n ramai pihak.

“Setiap orang ada benda nak dibuat. Jadi buat masa ini hanya tunggu perkara selanjutny­a,” katanya.

Menurut Ziana, dia kini perlu fokus pada kerja dan begitu juga suaminya kerana tiada apa yang boleh diulas buat masa ini.

“Allah Maha Kaya dan kita tidak tahu apa perancanga­nnya untuk masa depan. Ada baiknya kita fikir positif. Saya minta semua pihak mendoakan yang baik-baik untuk saya demi masa depan dan anak serta segalanya,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ZIANA
ZIANA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia