Harian Metro

RM2,700 sara bujang kota

- Ooi Tee Ching am@hmetro.com.my

 RM6,500 untuk tampung dua anak di Kuala Lumpur

Purata pendapatan bulanan di Kuala Lumpur adalah RM2,700 (bujang dewasa) dan RM6,500 (pasangan dengan dua anak) adalah jumlah minimum diperlukan bagi standard kehidupan yang boleh diterima.

Bank Negara Malaysia (BNM) dalam Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran berkata, ‘gaji untuk hidup’ adalah pendapatan minimum yang diperlukan oleh sesebuah isi rumah untuk turut serta dalam masyarakat, peluang pembanguna­n peribadi dan keluarga, selain bebas daripada tekanan kewangan yang teruk.

“Antara 2014 dan 2016, pendapatan bulanan isi rumah 40 peratus terbawah (B40) meningkat enam peratus daripada RM2,537 kepada RM2,848. Bagaimanap­un, dengan kenaikan kos hidup, pertumbuha­n pendapatan hanya 3.8 peratus.

“Bagi sesetengah isi rumah terdiri daripada lebih dua dewasa dan dua anak, peningkata­n kecil ini meliputi kenaikan harga asas, namun masih tidak mencapai minimum standard

kehidupan,” katanya.

BNM berkata, kira-kira 27 peratus isi rumah di Kuala Lumpur kini hidup di bawah paras ‘gaji untuk hidup’ dan kebanyakan­nya terdiri daripada lepasan sekolah menengah dengan pekerjaan berkemahir­an rendah.

Masyarakat moden mengiktira­f bahawa standard kehidupan minimum adalah lebih daripada sekadar mampu membeli barang keperluan, malah termasuk juga penyertaan sosial dan jaminan kewangan.

“Standard kehidupan minimum

adalah, purata isi rumah di Kuala Lumpur sepatutnya mampu melawat keluarga dan rakan pada musim perayaan, selain membeli hadiah hari jadi untuk ahli keluarga,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia