Harian Metro

Konsep dilaksana banyak negara maju

-

Kuala Lumpur: Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Muhammad Ibrahim berkata, anggaran gaji kehidupan wajar di Kuala Lumpur itu adalah berdasarka­n andaian tertentu dan aras harga pada tahun 2016.

Beliau berkata, konsep gaji untuk hidup sudah digunakan oleh banyak negara maju dan ia adalah sebagai garis panduan dan bukannya sebuah undang-undang.

Katanya, ia adalah untuk memberi idea kepada majikan apakah ukuran gaji yang dianggap sesuai untuk diberikan kepada pekerja mereka di Kuala Lumpur.

“Anggaran gaji yang kami tunjukkan adalah untuk di Kuala Lumpur kerana di negara ini, tempat yang mempunyai kos sara hidup tertinggi ialah di ibu negara.

“Namun, ia juga boleh diguna pakai untuk Pulau Pinang dan Johor Bahru dengan sedikit penguranga­n di antara lima hingga 10 peratus.

“Bagi memahami konsep relatif gaji untuk hidup, dengan jumlah gaji dinyatakan itu dan jika anda tinggal di Kubang Kerian, Kelantan atau Muar, Johor, melalui gaji RM2,700 dan bujang, anda mampu hidup dengan sangat selesa kerana kadar sewa dan harga makanan adalah rendah di situ.

“Maka, di sini majikan boleh menggunaka­n gaji untuk hidup ini sebagai rujukan untuk mengetahui jumlah yang sesuai untuk membayar gaji pekerja mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada taklimat laporan tahunan 2017 dan laporan kestabilan kewangan dan sistem pembayaran 2017 di sini, semalam.

BNM menganggar­kan aras gaji untuk hidup bagi rakyat tempatan yang tinggal di Kuala Lumpur di antara RM2,700 dan RM6,500.

Bagi seorang dewasa bujang, gaji yang dianggarka­n mencukupi untuk tinggal di Kuala Lumpur adalah RM2,700 manakala, pasangan tanpa anak (RM4,500) dan pasangan dengan dua anak

(RM6,500).

 ??  ?? MUHAMMAD menunjukka­n Buku Laporan
Tahun 2017 .
MUHAMMAD menunjukka­n Buku Laporan Tahun 2017 .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia